Tawaran AC Mizal Tidak Munasabah – Shafnie

Diterbitkan: Khamis, 29 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KAJANG: Bekas isteri pelakon dan pengacara AC Mizal, Shafnie Zainudin menyifatkan tawaran yang diberikan oleh bekas suaminya untuk menyelesaikan isu tunggakan nafkah anak mereka yang berjumlah RM50,000 di luar mahkamah sebagai tidak munasabah.

Shafnie yang menerima tawaran itu sejurus sebelum prosiding di Mahkamah Rendah Syariah di sini bermula pada Khamis, berkata dia memerlukan masa untuk meneliti tawaran itu sebelum membuat keputusan sama ada akan bersetuju menyelesaikan kes secara baik.

“Saya mohon diberikan sedikit masa untuk berbincang dengan peguam syarie saya,” katanya semasa disoal Hakim Syarie Abdul Halim Abdullah mengenai pendiriannya berhubung tawaran tersebut.

Bagaimanapun, tawaran itu tidak dinyatakan secara terperinci dalam prosiding mahkamah.

Tawaran AC Mizal dibawa ke pengetahuan mahkamah oleh peguam syarie Mohd Ridhwan Husin yang mewakili Shafnie sebelum beliau menyerahkan surat tawaran tersebut kepada Abdul Halim.

Peguam syarie Siti Aishah Din yang mewakili AC Mizal selaku responden dalam permohonan itu pula memberitahu, bekas pengacara Konsert Akademi Fantasia itu membuat tawaran setelah dia mula membayar RM500 setiap bulan sejak November 2009 bagi menyelesaikan tunggakan tersebut.

Bagaimanapun Shafnie, 35, yang hadir berseorangan dengan memakai jubah berwarna hitam mendakwa dia mempunyai bukti yang menunjukkan sebaliknya.

Prosiding berjalan tanpa kehadiran AC Mizal, 39, atau nama sebenarnya Mizal Zaini.

Abdul Halim kemudiannya membuat keputusan untuk memberikan tempoh selama 21 hari bermula Khamis, untuk pihak-pihak cuba mencari penyelesaian secara baik dan menetapkan kes disebut semula pada 26 Ogos ini.

“Shafnie, sila beri kerjasama kepada responden untuk menyelesaikan kes ini. Sekiranya tiada jalan penyelesaian dapat dicapai, pihak-pihak perlu memasukkan hujah masing-masing,” tambah Abdul Halim.

Dalam kes ini, Shafnie yang merupakan bekas model memfailkan permohonan komital bagi mendapatkan perintah supaya AC Mizal dihantar ke penjara kerana didakwa mengingkari perintah mahkamah untuk menyelesaikan tunggakan tersebut.

Shafnie dan AC Mizal berkahwin pada 24 Jun 1995 dan dikurnikan dua cahaya mata, Muhammad Shafiq Iman, 13, dan Muhammad Shabil Iman, 10, sebelum disahkan bercerai pada 17 Oktober 2001.

Selain permohonan komital, pasangan itu juga mempunyai satu lagi prosiding mahkamah yang melibatkan permohonan Shafnie untuk mengubah tuntutan nafkah anak mereka yang masih belum selesai.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan