Prosiding Dr Asri Digantung Sehingga Selesai Rayuan

Diterbitkan: Khamis, 29 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin telah memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan Syariah menyebabkan semua prosiding yang melibatkan pertuduhan mengajar agama tanpa tauliah terhadapnya ditangguhkan sehingga selesai pendengaran rayuan.

Keputusan untuk mengantungkan prosiding itu dibuat Hakim Mahkamah Tinggi Syariah di sini, Abu Zaky Mohammad pada Khamis, selepas dimaklumkan mengenai rayuan tersebut oleh peguam syarie yang mewakili Dr Asri, Kamar Ainiah Kamaruzzaman.

Kamar Ainiah berkata, beliau telah memfailkan kebenaran untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang dibuat pada 28 April lalu supaya kes dipindahkan ke sini dari Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, dekat sini.

“Prosiding untuk mendapatkan kebenaran telah berjalan dan kini di peringkat untuk pihak pembelaan menjawab balasan hujahan pendakwaan. Sekiranya kami berjaya mendapatkan kebenaran, kami akan memasukkan rayuan lengkap.

“Justeru itu, kami mohon supaya kes di mahkamah ini digantung sehingga Mahkamah Rayuan membuat keputusan kerana ia akan menentukan bidang kuasa mahkamah yang boleh mendengar kes,” katanya.

Ketua Unit Pendakwaan Syarie Selangor, Abdul Shukor Abd Hamid tidak membantah permohonan itu tetapi memohon supaya jaminan sebanyak RM1,000 dengan seorang penjamin dikenakan terhadap Dr Asri.

Bagaimanapun, Kamar Ainiah membantah atas alasan Dr Asri, yang hadir bersama penyokongnya pada prosiding itu tidak akan melarikan diri kerana reputasinya sebagai pensyarah di Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang.

Abu Zaky kemudiannya memutuskan Dr Asri dibebaskan dengan dua penjamin tanpa cagaran. Beliau juga membenarkan penangguhan sehingga menerima arahan lanjut daripada Mahkamah Rayuan.

Dr Asri yang turut diwakili peguam syarie Jamal Mohd Lokman Sulaiman didakwa atas tuduhan mengajar agama Islam tanpa tauliah daripada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada 1 November 2009, antara pukul 8.10 malam dan 9.45 malam.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah kediaman di Lorong 2C, Taman Sri Ukay, Ampang, dekat sini.

Pendakwaan terhadapnya dikendalikan mengikut Seksyen 119(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara maksimum enam bulan jika sabit kesalahan.

Semasa ditemui di luar mahkamah, Kamar Ainiah berkata, pihaknya dijangkakan akan berhujah di Mahkamah Rayuan berhubung permohonan kebenaran itu selepas Hari Raya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan