Tukar Agama Anak: Guru Tadika Dibenar Failkan Semakan Kehakiman

Diterbitkan: Rabu, 28 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Mahkamah Tinggi di sini membenarkan perbicaraan secara penuh bagi permohonan semakan kehakiman yang difailkan oleh guru tadika M.Indira Gandhi untuk membatalkan keputusan penukaran agama bagi ketiga-tiga anaknya.

Indira Gandhi yang turut hadir ke mahkamah hari ini memperoleh hak penjagaan bagi ketiga-tiga anaknya iaitu Tevi Darsiny (Ummu Salamah), 13, Karan Dinish (Abu Bakar), 12, dan Prasana Diksa, 2, pada Mac lepas telah memohon untuk mengenepikan penukaran agama Islam daripada agama Hindu terhadap kesemua anaknya yang dilakukan oleh bekas suaminya Mohd Ridzuan Abdullah.

Hakim Zainal Adzam Abdul Ghani membuat keputusan dalam kamarnya di hadapan peguam M.Kulasegaran, N. Selvam dan Chong Xian Ci yang mewakili Indira Gandhi tanpa kehadiran peguam mewakili Mohd Ridzuan.

Kulasegaran berkata hakim tidak memberi sebarang alasan ketika menetapkan keputusan itu namun berpendapat kes itu melibatkan kepentingan awam dan ia perlu diselesaikan segera.

"Hakim ada bertanya kepada kami sama ada mahu menunggu kes S.Shamala yang lebih kurang sama (dengan kes Indira Gandhi) yang sedang berlangsung di Mahkamah Persekutuan.

"Bagaimanapun kami memohon supaya kes Indira Gandhi ini diteruskan kerana ia telah berlanjutan," katanya.

Selain itu, pihaknya juga telah menyediakan hujah bertulis untuk kes berkenaan didengar, katanya.

Beliau berkata pihaknya akan menfailkan semakan kehakiman itu dalam masa 14 hari dan mahkamah akan menetapkan tarikh kes itu didengar.

Dalam permohonan mendapatkan kebenaran mahkamah untuk semakan kehakiman itu, Indira Gandhi menamakan Pendaftar Mualaf Perak, Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), kerajaan negeri Perak, Kementerian Pelajaran, kerajaan Malaysia, dan bekas suaminya K. Pathmanathan (Mohd Ridzuan) sebagai responden.

Pada 24 April 2009, mahkamah membenarkan permohonan ex-parte oleh Indira Gandhi, untuk mendapatkan hak penjagaan sementara tiga anaknya dan injunksi menghalang bekas suaminya itu daripada memasuki rumah mereka.

Bagaimanapun, pada 5 Mei 2009, mahkamah membenarkan permohonan Mohd Ridzuan untuk menangguhkan perintah hak penjagaan sementara ketiga-tiga anak yang diperoleh Indira Gandi.

Pada 29 Oktober 2009, Mahkamah Syariah memberikan hak penjagaan ketiga-tiga anak itu kepada Mohd Ridzuan.

Pada 11 Mac lepas, Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan hak penjagaan anak bongsunya Prasana Diksa yang berusia 22 bulan (kini dua tahun) diserahkan kepada Indira Gandhi selepas kes perebutan hak penjagaan itu berlarutan sejak tahun lepas.

Pada 1 April, Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan Mohd Ridzuan supaya mahkamah menangguhkan perintah hak penjagaan anak bongsunya yang diperoleh oleh Indira Gandhi itu.

Kes ini mendapat perhatian ramai kerana wujud konflik antara bidang kuasa Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil dalam menentukan hak penjagaan anak selepas salah seorang pasangan memeluk Islam. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan