Tiga Didakwa Bunuh Pengurus Kafe - Berita Mahkamah | mStar

Tiga Didakwa Bunuh Pengurus Kafe

Diterbitkan: Rabu, 28 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Dua pekerja kilang dan seorang pekerja syarikat telekomunikasi dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, atas tuduhan membunuh seorang pengurus kafe, dua minggu lalu.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, E. Mahendran Pilly, 32, S Jeyarupan, 27, dan D. Sivaingkaran, 22, selepas pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Tamil.

Semua mereka sekadar mengangguk faham akan pertuduhan tersebut.

Mereka didakwa membunuh Anson Hemathilaka Anson Albert, 29, antara pukul 3 petang, 14 Julai dan 2 pagi, 15 Julai lalu di nombor 95, Blok 1, Jalan RP7, Jalan Klang Lama, di sini.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Choeng Kok Sen mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Majistret Aishah Hijriah Arshad menetapkan 1 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pada prosiding itu, Mahendran diwakili peguam Puan Sri N. Saraswathy manakala peguam N.Ganesarajah bertindak sebagai pemerhati untuk keluarga mangsa.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan