Syed Hamid Albar Nafi Ada Dana Politik

Diterbitkan: Rabu, 28 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Syed Hamid Syed Jaafar Albar memberitahu Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa bahawa beliau tidak terbabit dalam meluluskan 'calling visa' atau permit kerja pekerja Bangladesh untuk dana politik.

Ketika memberi keterangan dalam kes perbicaraan rasuah bekas Ketua Pengarah Imigresen Datuk Wahid Md Don, Syed Hamid juga turut menafikan bahawa dirinya ada meminta adik iparnya, Syed Abdullah Syed Abdul Rahman, untuk mengumpul duit dana politiknya.

Ketika disoal balas peguam Datuk V.Sithambaram yang mewakili Wahid, bekas menteri itu bersetuju dengan cadangan peguam walaupun bahagian kelulusan "calling visa" telah diserahkan kepada Ketua Pengarah Imigresen, dirinya atau setiausahanya juga masih boleh meluluskannya jika ada permohonan daripada majikan.

Bagaimanapun, beliau menafikan ada sebarang penglibatan mana-mana individu ketika proses kelulusan "calling visa" dilakukan.

Beliau juga memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak mengenali individu yang bernama Sim Guan Yu atau Datuk Low yang dikatakan berperanan mengumpul dana politik.

Ahli Parlimen Kota Tinggi itu memberitahu bahawa kenyataan dalam prosiding sebelum ini iaitu mengenai Wahid (tertuduh) menerima rasuah RM60,000 daripada seorang ahli perniagaan Datuk Low Chang Hian, untuk mempercepatkan proses kelulusan 4,337 "calling visa" pekerja Bangladesh, adalah tidak betul.

Ketika ditanya mengenai kenyataan seorang saksi bahawa ahli perniagaan yang bernama Sim itu telah menyebut mengenai bayaran setiap `calling visa' berharga RM180 untuk diluluskan, beliau menjawab "Tidak".

"Saya juga menafikan ada kewujudan sebuah dana politik untuk diri saya seperti dalam kenyataan seorang saksi iaitu Burugabudeen Mohamed Ismail, bahawa saksi itu telah diberitahu oleh adik ipar saya (Syed Abdullah) bahawa kewujudan kutipan itu.

"Saya juga tidak menolak kemungkinan ada individu tertentu yang menggunakan nama saya untuk mengutip dana demi kepentingan mereka," katanya.

Syed Hamid berkata demikian pada perbicaraan Wahid, 57, yang dituduh menerima rasuah sebanyak RM60,000 daripada Low pada 10 Julai 2008 untuk bayaran upah mempercepatkan kelulusan permohonan 4,337 visa pekerja Bangladesh.

Wahid didakwa melakukan kesalahan itu di rumahnya di Jalan Lembah Ledang, Off Jalan Duta, pada 10.15 malam hari tersebut.

Hakim Rosbiahanin Ariffin kemudian menetapkan 20 Ogos ini bagi membolehkan Ketua Pendakwa Raya Datuk Abdul Razak Musa dan Timbalan Pendakwa Raya Nik Azrin Zairin Nik Abdullah dan Sithambaram mengemukakan hujahan secara bertulis.

Prosiding bicara itu selama 28 hari yang bermula pada tahun lepas, menutup kes itu selepas tiga lagi saksi iaitu pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), seorang perunding sebuah syarikat dan pegawai penyiasat kes memberi keterangan mereka pada Selasa untuk melengkap seramai 40 saksi pendakwaan. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan