Dadah: Tiga Lelaki Terlepas Hukuman Mati

Diterbitkan: Selasa, 27 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Mahkamah Tinggi di sini, Selasa melepaskan dan membebaskan tiga lelaki termasuk seorang bekas pengajar vokasional di sebuah kolej Islam dari pertuduhan mengedar 511 gram dadah jenis kanabis, tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu setelah mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan kes prima facie terhadap Wan Isbullah Wan Mohd, 28, serta Mohd Hasrol Hashim, 24, seorang penyelia dan Syahrizan Jemaan, 24, seorang kontraktor.

Dalam penghakimannya, Akhtar berkata, pihak pendakwaan gagal membuktikan pemilikan dan pengetahuan terhadap dadah tersebut selain pegawai penyiasat juga tidak memanggil unit forensik untuk pengesahan cap jari.

Ketiga-tiga mereka didakwa menjalankan niat umum bersama mengedar dadah tersebut di No 22, lorong Permatang Badak Perdana, Batu 5, Jalan Gambang di sini, kira-kira pukul 2 pagi pada 3 Disember 2009.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, dan jika sabit kesalahan, boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang membawa hukuman mati mandatori.

Sepanjang perbicaraan, pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad memanggil seramai lapan saksi memberi keterangan.

Wan Isbullah, Mohd Hasrol dan Syahrizan masing-masing diwakili peguam Richard Bong, Harmizi Mat dan Bob Arumugam.

Sementara itu, bekas pengajar vokasional terbabit, Wan Isbullah ketika ditemui di luar mahkamah berkata dia seolah-olah mati hidup semula setelah mendengar keputusan itu.

Katanya, dia bersyukur dapat membersihkan namanya dan keluarga serta menikmati semula kehidupan setelah meringkuk di penjara selama tujuh bulan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan