Tertuduh Terbakar Di Muka, Tangan: Doktor

Diterbitkan: Isnin, 26 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini Isnin diberitahu bahawa tertuduh pertama kes bakar gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati mengalami kecederaan teruk pada keseluruhan muka dan tangannya.

Dr Soep Sadimon, 53, yang merawat Raja Mohamad Faizal Ibrahim pada malam kejadian berkata tertuduh diberi suntikan bagi menahan kesakitan dan beliau menasihati tertuduh supaya mendapat rawatan lanjut di hospital bagi menggelak jangkitan kuman.

"Pesakit (tertuduh pertama) berada dalam keadaan sedar dan mengalami kesakitan yang amat sangat. Dia mengalami kecederaan tahap kedua pada muka dan kedua-dua lengan dari siku hingga ke tapak tangan. Saya memberinya suntikan dan menasihatinya supaya ke hospital," katanya ketika dalam pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Azlina Rasdi.

Dr Soep yang berkhidmat di Klinik Izham merawat Raja Mohamad Faizal kira-kira 10 minit di awal pagi pada 8 Januari lalu dan katanya Raja Mohamad Faizal memberitahu bahawa dia terbakar ketika membakar sampah di rumah.

Dalam perbicaraan ini, Raja Mohamad Faizal Raja Ibrahim, 24; adiknya Raja Mohamad Idzham, 22; dan Azuwan Shah Ahmad, 23; didakwa bersama-sama beberapa orang yang masih bebas, melakukan khianat dengan membakar gereja itu di Jalan 4/4C, Desa Melawati pukul 11.50 malam 7 Januari lepas.

Ketiga-tiga tertuduh yang bekerja sebagai penghantar surat didakwa mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan dan Seksyen 34 kanun yang sama yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Dr Soep turut mengesahkan ketika Raja Mohamad Faizal berjumpa dengannya, tertuduh itu tidak memakai baju dan terdapat kesan terbakar pada rambutnya.

Beliau turut mengecam wajah Raja Mohamad Faizal sebagai pesakit pada malam itu dengan melihat kepada gambar yang diambil dari rakaman CCTV.

Pada perbicaraan lalu seorang saksi pendakwa Yong Choy Yee, 34, yang melihat kejadian itu dari dalam kereta memberitahu bahawa salah seorang daripada sekumpulan lelaki yang membakar gereja Metro Tabernacle terpaksa membuka baju kerana rambut dan badannya terbakar.

Rakan Raja Mohamad Faizal iaitu Mohd Razman Azmir Shaharran, 22, menemani tertuduh pertama itu ke klinik Idzham dan hospital turut mengesahkan dia tidak memakai baju ketika itu.

Sementara itu Dr Lim Chee Kean dari Hospital Kuala Lumpur, yang turut merawat Raja Mohamad Faizal berkata tertuduh memberitahunya bahawa kecederaan itu berlaku ketika dia membakar sampah di rumahnya.

Di awal prosiding, mahkamah ditunjukkan rakaman CCTV mengenai pergerakan Raja Mohamad Faizal dan beberapa orang lagi di dalam klinik Idzham dan dia kelihatan mundar mandir seolah-olah menahan kesakitan, dengan muka serta tangannya juga kelihatan mengalami kecederaan terbakar.

Rakaman di restoran Old Town White Coffee juga ditunjukkan dan ia memaparkan pergerakan sekumpulan lelaki yang berada di meja makan.

Sebelum ini rakan tertuduh, Mohd Razman Azmir memberitahu mahkamah bahawa beliau diminta berkumpul di restoran itu terlebih dahulu sebelum bergerak ke gereja dan beliau juga mengesahkan bahawa beliau berada di klinik Idzham selepas dihubungi tertuduh kedua.

Perbicaraan di hadapan Hakim S.M Komathy Suppiah disambung esok. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan