Peragawati Dipenjara Tujuh Tahun Miliki Kanabis

Diterbitkan: Jumaat, 23 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang peragawati dihukum penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah terhadap pertuduhan memiliki 10 ketulan mampat kanabis.

Hakim Muhammad Sekeri Mamat menjatuhkan hukuman itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Yong Ann Nee berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap Nor Azlina Noor Akhmad, 28.

Beliau memerintahkan Nor Azlina menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu 20 Jan uari 2009.

Bagaimanapun beliau mengecualikan tertuduh daripada hukuman sebatan kerana statusnya wanita.

Peguam M.K Thas merayu kepada mahkamah agar anak guamnya itu dikenakan tempoh hukuman penjara yang kurang memandangkan tertuduh adalah penyara tunggal keluarganya terutama ibunya yang memerlukan perhatian.

Nor Azlina didakwa memiliki 10 ketulan mampat kanabis seberat 76 gram di No.12-11-12, Hartamas Regency Condo 1, Persiaran Dutamas, Off Jalan Duta, Sri Hartamas, pukul 11.30 malam, 20 Januari tahun lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 6, Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39A(2) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada 10 kali, jika sabit kesalahan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan