Peguam Desak Petisyen Zaid Ada Bukti Amalan Rasuah - Mahkamah

Diterbitkan: Jumaat, 23 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Petisyen oleh Datuk Zaid Ibrahim bagi membatalkan keputusan pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor pada April lalu dapat menunjukkan amalan rasuah memang berlaku, demikian Mahkamah Pilihan Raya diberitahu pada Khamis.

Peguamnya, Malik Imtiaz Sarwar, memberitahu mahkamah bahawa pelbagai janji telah dibuat kepada pengundi sekiranya mereka menyokong calon Barisan Nasional (BN) P. Kamalanathan pada pilihan raya kecil 25 April lalu.

Pada pilihan raya kecil itu, Zaid, pengerusi Majlis Pimpinan Negeri, Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan, kalah kepada Kamalanathan dari MIC dengan majoriti 1,725 undi.

"Dalam sebarang keadaan, isu amalan rasuah dan janji boleh ditentukan semasa perbicaraan penuh petisyen tersebut kerana ia merupakan perkara bukti," kata Malik semasa memohon mahkamah menolak permohonan Kamalanathan untuk membatalkan petisyen itu.

Menurutnya peguam yang mewakili Zaid bukan 'polis' yang boleh menyiasat siapa yang terbabit dalam dakwaan rasuah itu tetapi ia untuk mahkamah menentukan selepas mendengar keterangan dalam perbicaraan.

Pada 24 Mei lalu, Zaid, 59, selaku pempetisyen menamakan Kamalanathan, 45, Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Hulu Selangor, Nor Hisham Ahmad Dahlan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai responden.

Zaid memohon supaya pilihan raya itu diisytiharkan terbatal dan tidak sah mengikut Seksyen 32(a) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan Peraturan Petisyen Pilihan Raya kerana kononnya terdapat perbuatan rasuah dan sogokan secara am yang begitu berleluasa.

Malik berkata hujahan bahawa janji mengenai pembangunan tidak boleh dianggap sebagai amalan rasuah kerana ia membawa manfaat kepada semua di kawasan itu adalah salah tanggapan.

Pendengaran dihadapan hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azahar Mohamed, yang bertindak sebagai hakim Mahkamah Pilihan Raya, disambung esok. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan