Keputusan Rayuan Abdul Kudus 27 Ogos

Diterbitkan: Jumaat, 23 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Nasib bekas Pengarah Penguatkuasa Majlis Perbandaran Ampang (MPAJ), Kapten (B) Abdul Kudus Ahmad yang merayu terhadap sabitan dan hukuman melibatkan 24 pertuduhan meminta serta menerima rasuah akan diketahui pada 27 Ogos ini.

Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Mohd Yazid Mustafa menetapkan tarikh itu pada Jumaat, selepas mendengar hujahan lanjut dari pihak-pihak yang terlibat.

“Saya memerlukan masa untuk meneliti hujahan dengan lebih lanjut sebelum membuat keputusan,” katanya.

Pada prosiding itu, Abdul Kudus selaku perayu diwakili peguam Afifuddin Hafifi manakala responden diwakili Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Fariza Hamzah.

Antara isu yang dibangkitkan dalam hujahan lanjut ialah keterangan beberapa saksi pendakwaan, termasuk Steven @ S.Sathiasilan, iaitu pemilik restoran Sri Steven’s Corner.

Abdul Kudus, 47, memfailkan rayuan selepas disabitkan bersalah atas 24 pertuduhan rasuah melibatkan jumlah RM59,000 daripada pemilik restoran itu antara Mei 2001 dan Mei 2004 di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 10(a)(bb) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan Seksyen 11(a) akta sama yang boleh dihukum di bawah Seksyen 16 akta sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi.

Hakim Mahkamah Sesyen Ampang, dekat sini, Noradidah Ahmad pada 30 Jun 2009 menyabitkan Abdul Kudus bersalah dan menjatuhkan hukuman penjara 11 tahun 10 bulan dan denda RM370,000.

Beliau juga memerintahkan hukuman penjara ditambah kepada 17 tahun jika Abdul Kudus gagal menjelaskan denda.

Bagaimanapun, beliau membenarkan pelaksanaan hukuman ditangguhkan sementara menunggu keputusan rayuan dan menetapkan jaminan Abdul Kudus kepada RM150,000 dengan seorang penjamin.

Hukuman itu dijatuhkan selepas enam tahun kes mula dibicarakan, iaitu pada 9 Ogos 2003 dan melibatkan keterangan 11 saksi pendakwaan serta 12 saksi pembelaan.

Turut dipanggil sebagai saksi ialah bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk M.Kayveas.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan