Juruaudit Bebas Didenda RM18,000 Kerana Sedia Laporan Tanpa Izin

Diterbitkan: Jumaat, 23 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang juruaudit bebas dikenakan hukuman denda RM18,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tiga tuduhan menyediakan penyata kewangan tiga buah syarikat tanpa kebenaran firma audit yang diluluskan oleh syarikat berkenaan.

Majistret Zulyana Zollkapli menjatuhkan hukuman itu terhadap Ng Chee Loong, 41, selepas dia mengaku bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan itu.

Bagi pertuduhan pertama, Ng didakwa menyediakan penyata kewangan berakhir 31 Ogos 2008 bagi syarikat Com N Lee Sdn Bhd tanpa kebenaran firma audit Michael Ng & Associates di Suite 568-10013, Kompleks Mutiara, Jalan Ipoh, di sini, pada 31 Dis 2007.

Dia turut didakwa melakukan kesalahan menyediakan penyata kewangan berakhir 31 Ogos 2008 bagi syarikat Bukit Aliran Sdn Bhd. di tempat dan tarikh yang sama.

Manakala bagi pertuduhan ketiga, Ng didakwa melakukan kesalahan sama dengan menyediakan penyata kewangan berakhir 27 Ogos 2007 bagi syarikat M-Scope Auto Transmission Specialist Sdn Bhd pada 5 Feb 2008 di lokasi yang sama.

Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 369 (1) (a) Akta Syarikat 1965 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 9(1) akta yang sama yang membawa hukuman denda sehingga RM30,000.

Bagaimanapun, Ng membayar denda tersebut.

Sebelum itu, peguam tertuduh, Lim Kon Keen memohon hukuman denda yang minimum kerana anak guamnya terpaksa menyara keluarganya serta membiayai kos perubatan sebanyak RM5,000 sebulan bagi ayahnya yang menghidap penyakit diabetes.

Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa Mohd Zulkhairi Kamarul Zaman dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) meminta mahkamah supaya tertuduh dikenakan denda yang setimpal sebagai pengajaran kepada mereka yang terbabit dalam kerjaya pengauditan. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan