Suri Rumah Tarik Balik Saman Terhadap Ketua Polis Negara

Diterbitkan: Khamis, 22 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang suri rumah dari Muar, Johor menarik balik saman kerana menghina mahkamah terhadap Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan selepas dia dibebaskan dari Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik Batu Gajah kerana didakwa terbabit dalam aktiviti pengedaran dadah.

Peguam Datuk N. Sivananthan yang bertindak bagi pihak pemohon, Lim Mui Cheng, 42, memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa anak guamnya telah dibebaskan pada 16 Julai.

Peguam Kanan Persekutuan Datuk Kamaludin Md Said, yang hadir bagi pihak Musa, memaklumkan kepada mahkamah bahawa Lim dibebaskan bukan disebabkan oleh tindakan samannya terhadap Musa.

Beliau berkata Menteri Dalam Negeri telah pun menandatangani surat pembebasan Lim namun dia masih tertakluk kepada siasatan selanjutnya.

Hakim Datuk Ghazali Cha membenarkan permohonan untuk menarik balik saman itu.

Pada 2 Julai, Ghazali membenarkan Lim mengambil tindakan saman kerana menghina mahkamah terhadap Musa setelah polis menahannya semula walaupun dibebaskan oleh mahkamah pada Mei tahun ini.

Pada 25 Mei, Hakim Datuk Mohd Sofian Abd Razak membenarkan permohonan writ habeas corpus Lim atas alasan penahanannya tidak mengikut peraturan dan memerintahkan supaya dia dibawa ke mahkamah pada 27 Mei untuk dibebaskan.

Bagaimanapun, dia ditahan semula selepas melangkah keluar dari mahkamah.

Lim ditahan bersama-sama suaminya, anak lelaki, dan teman wanitanya kerana disyaki terbabit dalam pengedaran dadah dalam satu serbuan di sebuah rumah di Taman Mawar, Muar pada 27 April.

Suri rumah itu ditahan di balai polis Johor Jaya mengikut Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) manakala yang lain dibebaskan dalam masa dua hari selepas serbuan itu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan