Penuntut Fail Saman Dakwa Kaki Katak Dalam Mee

Diterbitkan: Khamis, 22 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Seorang penuntut sebuah kolej memfailkan saman terhadap dua syarikat yang berkaitan dengan sebuah restoran kopitiam terkemuka selepas mendakwa menemui sepasang kaki katak pada hidangan yang dipesannya.

Aliff Shanaz Hairi Hariharan, 24, selaku plaintif memfailkan saman itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis, menerusi Tetuan Adnan Rahim & Co.

Plaintif menamakan Artisan Natural (M) Sdn Bhd dan Kopitiam Asia Pacific Sdn Bhd sebagai defendan-defendan dalam saman yang tidak dinyatakan jumlahnya.

Berdasarkan penyataan tuntutan, plaintif mendakwa kejadian itu berlaku semasa dia dan keluarganya berkunjung ke premis defendan pertama di Bandar Bukit Tinggi, di sini untuk makan malam antara pukul 8 dan 10 malam, 11 Mac lalu.

Plaintif mendakwa, selepas hampir separuh menikmati ‘Dry Egg Noodles’, dia menemui kaki katak tersebut yang menyebabkannya terkejut dan hampir muntah.

Seterusnya plaintif mendakwa, pengurus defendan pertama yang bertugas pada mulanya enggan keluar untuk memberikan penjelasan, tetapi hanya mengarahkan juruwang untuk mengambil gambar dan membawa makanan itu kembali ke dapur.

Dakwanya lagi, pengurus berkenaan hanya keluar selepas 30 minit dan menyatakan kaki itu mungkin datang dari kesilapan ‘dapur utama’ yang diuruskan oleh defendan kedua.

Plaintif juga mendakwa, dia yang tidak berpuas hati telah menolak tawaran defendan pertama supaya plaintif tidak membayar harga makanan bagi menyelesaikan perkara itu.

Plaintf yang membuat laporan polis dan di Jabatan Agama Islam juga mendakwa, satu pertemuan telah diadakan bagaimanapun, tiada persetujuan dapat dicapai.

Justeru, plaintif yang mendakwa fobia untuk melihat mee menuntut ganti rugi am, ganti rugi khas, ganti rugi teruk, faedah, kos dan lain-lain relf yang dfikirkan sesuai oleh mahkamah.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Kolumnis

iklan

Iklan