Edar Dadah: Tiga Dihukum Gantung

Diterbitkan: Khamis, 22 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Alasan dijemput untuk berjudi gagal menyelamatkan tiga lelaki termasuk seorang rakyat Singapura daripada hukuman gantung sampai mati selepas disabitkan bersalah atas tuduhan mengedar 2 kilogram syabu yang ditemui bersama mereka dalam bilik hotel, tiga tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Dr Badariah Sahamid pada Khamis, memerintahkan supaya Gan Thean Lim, 46, Gan Thiam Boon, 35, dan Ang Eng Thye, 47, dihukum mati selepas berpuas hati pembelaan mereka gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap pertuduhan.

Eng Thye ialah seorang kontraktor dari Singapura manakala Thean Lim pernah bekerja sebagai mekanik dan Thiam Boon, bekas pemasang mozek.

Pada penghakimannya, Badariah berkata, mahkamah tidak dapat menerima pembelaan tertuduh yang mendakwa mereka berada dalam bilik hotel tersebut kerana dipelawa untuk bermain judi.

“Tiada peralatan untuk bermain judi ditemui dalam bilik berkenaan disamping keadaan unit penginapan yang tidak sesuai untuk permainan tersebut,” katanya.

Badariah juga menolak pembelaan yang mengatakan dadah itu dibawa oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai ‘Specky’ dengan menggunakan beg sukan memandangkan tiada maklumat berhubung lelaki itu dikemukakan di mahkamah.

“Meletakkan keseluruhan kesalahan kepada Specky adalah seperti mahu menjadikan lelaki tersebut sebagai kambing hitam untuk menyelamatkan diri,” tambahnya.

Beliau bagaimanapun melepaskan seorang tukang ubah suai, Lam Chong Chooi, 55, yang turut dibicarakan atas kesalahan yang sama.

Sebelum ini, mereka didakwa mengedar dadah seberat 2.14 kilogram itu pada pukul 7.40 malam, 6 Februari lalu, di bilik bernombor 7107, Hotel Pyramid Tower, Sunway Lagoon Resort Hotel, Bandar Sunway, dekat sini.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta yang sama mengikut seksyen sama yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Zainal Azwar Kamaruddin dan Harris Ong Mohd Jeffery Ong.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan