Dua Rakan Didakwa Rogol Pelajar

Diterbitkan: Khamis, 22 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Dua rakan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis, atas tuduhan merogol seorang pelajar tingkatan dua, pada hari yang sama, dua bulan lalu.

Pengakuan Azmi Othman dan Wahyudi Suwatso, kedua-duanya berusia 21 tahun itu direkodkan di hadapan Hakim Latifah Mohd Tahar sebaik sahaja pertuduhan terhadap mereka dibacakan.

Azmi yang bekerja sebagai operator sebuah kilang percetakan didakwa melakukan kesalahan itu terhadap mangsa yang berusia 13 tahun 5 bulan pada jam 6 dan 9.30 pagi, 25 Mei lalu manakala Wahyudi dituduh melakukannya pada pukul 9.30 pagi.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Kampung Melayu, Batu Arang, dekat sini.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya R.Kalaiyarasi mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Dalam usaha mengurangkan jaminan, kedua tertuduh yang tidak diwakili peguam memberitahu, mereka perlu menyara keluarga dengan jumlah pendapatan yang rendah.

Bagaimanapun, Latifah mengekalkan wang jaminan RM10,000 yang ditawarkan pihak pendakwaan dan menetapkan 7 September depan sebagai tarikh sebutan semula untuk lantikan peguam.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan