Bekas ADUN Diarah Bela Diri Atas Tuduhan Membuat Kenyataan Palsu

Diterbitkan: Khamis, 22 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Bekas Anggota Dewan Undangan Negeri Mengkibol Ng Kim Lai diarah membela diri di Mahkamah Sesyen Batu Pahat atas tuduhan membuat kenyataan palsu berhubung projek RM30,000 untuk sebuah persatuan yang tidak wujud.

Panel tiga anggota Mahkamah Rayuan terdiri daripada Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Sheriff dan hakim-hakim Mahkamah Rayuan Datuk Hasan Lah dan Datuk Ahmad Maarop sebulat suara menolak rayuan Ng bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Muar ketika mengarahkan beliau membela diri.

Kes beliau ditetapkan untuk sebutan Jumaat di Mahkamah Sesyen Batu Pahat.

Panel itu menerima bantahan awal oleh timbalan pendakwa raya Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman bahawa keputusan Mahkamah Tinggi itu tidak boleh dirayu kerana ia bukan keputusan muktamad.

Ng, 63, didakwa pada 2005 dengan tuduhan utama di bawah Sekseyn 11 (1) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan dua tuduhan ganti masing-masing di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15 (1) Akta Pencegahan Rasuah. Bagaimanapun, pada 15 November 2006, Mahkamah Sesyen itu melepas dan membebaskan beliau daripada semua tuduhan pada akhir kes pendakwaan tanpa memanggil beliau membela diri.

Pada 23 Januari 2009, Mahkamah Tinggi Muar membenarkan rayuan pihak pendakwaan agar kes itu dikembalikan ke Mahkamah Sesyen untuk Ng membela diri selepas memutuskan bahawa pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie atas semua tiga tuduhan terhadap Ng. Ng merayu ke Mahkamah Rayuan terhadap keputusan itu.

Bagi tuduhan utama, Ng dikatakan telah membuat kenyataan palsu bagi mendapatkan satu kontrak untuk renovasi pejabat Persatuan Wargatua Cina yang tidak wujud di pejabat MCA Kluang pada Oktober 2002.

Beliau boleh dikenakan penjara hingga 20 tahun atau denda RM10,000 atau lima kali dari jumlah rasuah terbabit, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Ng secara alternatif dituduh menipu pengarah pembangunan negeri Jaapar Mohamed Yasin, hingga mempercayai bahawa RM30,000 telah diperuntukkan bagi projek itu dan mempengaruhinya meluluskan peruntukan itu di pejabat pembangunan negeri di Johor Baharu antara 23 Oktober dan 9 November 2002. Beliau menghadapi tuduhan alternatif kedua menggunakan status sebagai anggota dewan negeri untuk mendapatkan sagu hati bagi projek itu di pejabat MCA Kluang pada Oktober 2002.

Ng diwakili oleh peguam T.Vijaya Sandran. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan