Pesakit Jantung Antara Didakwa Atas Tuduhan Merompak

Diterbitkan: Rabu, 21 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Dua lelaki termasuk seorang pesakit jantung yang baru kematian isteri baru-baru ini, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu, atas tuduhan merompak dengan bersenjatakan pisau.

K.Kalidah, 31, dan S.Venu, 22, mengaku tidak bersalah atas tuduhan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Latifah Mohd Tahar.

Kalidah, seorang pemandu lori dan Venu (penarik kereta) didakwa melakukan rompakan itu secara berkumpulan terhadap N.Logen, 18, pada pukul 6.30 petang, 13 Julai lalu.

Mereka yang bersama seorang lagi rakan subahat didakwa melakukan kesalahan itu di tepi Jalan Omnibus Len, Selayang Baru, Gombak, dekat sini.

Timbalan Pendakwa Raya Che Rohana Ismail menawarkan jaminan sebanyak RM7,000 bagi setiap tertuduh atas alasan kesalahan yang dilakukan adalah serius.

Peguam R.Babunaidu yang mewakili Kalidah merayu jumlah itu dikurangkan kerana tertuduh perlu menjaga dua orang anaknya yang masih kecil ekoran kematian isteri.

“Anak tertuduh hanya berusia 2 dan setahun. Mereka akan hilang tempat untuk bergantung sekiranya tertuduh dtahan sepanjang perbicaraan,” tambahnya.

Venu yang masih bujang pula merayu atas alasan menanggung seorang ibu yang tua dan dua adik perempuan.

Bagaimanapun, Latifah mengekalkan jumlah jaminan tersebut dengan syarat tambahan tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan.

Kes ditetapkan sebagai sebutan bagi penyerahan dokumen pda 1 September depan.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan