Pengawal Keselamatan Ragut Penuntut UiTM Dipenjara Lima Tahun

Diterbitkan: Rabu, 21 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang pengawal keselamatan dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, Rabu selepas mengaku bersalah meragut beg tangan seorang pelajar Universiti Teknologi Mara pada minggu lepas.

Hakim Latifah Mohd Tahar memerintahkan Hairul Azuan Abdul Rahman, 33, menjalani hukuman itu berkuatkuasa dari tarikh dia ditangkap pada 15 Julai lepas.

Dia didakwa meragut beg tangan Juliza Jamaluddin, 23, yang mengandungi dompet, sebuah telefon bimbit, kad pelajar dan lesen memandu serta kad pengenalan di Jalan Persiaran Raja Muda, Seksyen 3 di sini pada 8.15 pagi 15 Julai.

Menurut fakta kes, Hairul Azuan bertindak meragut beg tangan Juliza yang sedang dalam perjalanan ke kampusnya dengan menaiki motosikal.

Tertuduh yang juga menunggang motosikal melarikan diri sebelum pelajar itu bertindak mengejarnya dan melanggar motosikal tertuduh menyebabkan kedua-dua mereka terjatuh dari motosikal masing-masing.

Hairul Azuan, yang cuba melarikan diri, bagaimanapun diberkas oleh dua anggota polis yang terdengar jeritan meminta tolong daripada Juliza. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan