Penganggur Dipenjara Lima Tahun Dan Tiga Sebatan Rompak Guna Renjatan Elektrik

Diterbitkan: Rabu, 21 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang penggangur dikenakan hukuman penjara lima tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan merompak dua wanita menggunakan alat renjatan elektrik pada bulan lepas. Hakim Zainal Abidin Kamarudin menjatuhkan hukuman itu terhadap Razamei Mad Noor, 44, selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan itu.

Bagi pertuduhan pertama Razamei didakwa melarikan beg tangan, kad pengenalan, lesen memandu, dua telefon bimbit, kad kredit, komputer riba jenama Dell dan wang tunai RM2,321 yang kesemuanya bernilai RM6,000 milik peniaga Shah Rul Aniah Mohamed, 36, dengan menggunakan parang dan alat renjatan eletrik yang boleh menyebabkan kecederaan.

Razamei didakwa melakukan kesalahan itu di Galeri Tudung Hands, Wangsa Delima 6, Seksyen 5, Wangsa Maju pada pukul 3.30 petang, 28 Jun lalu.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melarikan sebuah telefon bimbit dan wang tunai RM28 milik juru kecantikan Anizan A. Razak, 42, dengan menggunakan alat renjatan elektrik di Salon Fiq Beauty Centre, Jalan Rampai Niaga 2, Wangsa Maju pada 5.15 petang, 27 Jun lepas.

Untuk kedua-dua pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun, denda dan sebatan.

Terdahulu, peguam Shahrul Nizam Azmir yang mewakili tertuduh memohon agar hukuman ke atas anak guamnya dikurangkan memandangkan tertuduh kini tidak bekerja dan menyesal dengan perbuatannya dan tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan lampau.

Pada Jumaat lepas, Razamei dihadapkan kali pertama ke mahkamah dan dia mengaku bersalah melakukan rompakan terhadap dua wanita itu.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Hafiz Mohd Yusoff pula memohon agar hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh memandangkan kesalahan yang dilakukan Razamei begitu berat dimana tertuduh menggunakan senjata iaitu parang dan alat renjatan eletrik, dan telah mendatangkan trauma kepada kedua-dua mangsa. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan