Mahkamah Lanjut Reman Lapan Suspek Kes Jual Bayi

Diterbitkan: Rabu, 21 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Mahkamah hari ini melanjutkan tempoh tahanan reman selama dua hari terhadap lapan individu bagi membantu siasatan kes sindiket penjualan bayi.

Majistret Nelson W. Angang membenarkan lanjutan tahanan reman terhadap lapan individu itu termasuk seorang yang bergelar datuk dan datin bagi membolehkan siasatan lanjut terhadap mereka selepas tempoh tahanan reman selama tujuh hari berakhir Rabu.

Kesemua mereka yang berusia antara 21 dan 65 tahun itu ditahan hasil pembongkaran kegiatan sindiket penjualan bayi oleh polis 12 Julai lepas.

Kegiatan sindiket itu terbongkar selepas polis Sarawak menyelamatkan seorang bayi yang cuba dijual oleh seorang wanita rakyat Indonesia di MJC New township, Batu Kawah di sini dengan harga RM10,000 kepada anggota polis yang menyamar sebagai pembeli.

Sehingga kini polis menahan 17 suspek bagi membantu siasatan kes mengikut Akta Antipemerdagangan Orang 2007.

Hasil daripada terbongkarnya kes itu, polis menemui tiga bayi dan lima kanak-kanak berusia antara sebulan hingga 12 tahun yang kini berada di bawah penjagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan