Bapa Menangis Anak Terlepas Hukuman Gantung

Diterbitkan: Rabu, 21 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang bapa menangis teresak-esak di Mahkamah Tinggi di sini, Rabu selepas anaknya dilepaskan dan dibebaskan daripada hukuman gantung kerana dituduh mengedar dan memiliki dadah dua tahun lepas.

Ini berlaku apabila Adam Tong mendengar keputusan Hakim Datuk Ghazali Cha yang melepaskan dan membebaskan Sadiq Saiful, 29, seorang penganggur, daripada tuduhan mengedar heroin seberat 27.6 gram dan memiliki dadah jenis nimetazepam seberat 0.96 gram di rumah bernombor 3-14-4, Pantai Hill Park, Jalan Pantai Dalam di sini pada 16 Mei 2008.

Dua lagi anak Tong dilihat mententeramkan beliau.

Hakim Ghazali yang membuat keputusan itu berkata pihak pembelaan telah menimbulkan keraguan munasabah dan juga terdapat percanggahan sama ada tertuduh ditahan secara berseorangan atau bersama teman wanitanya pada hari kejadian walaupun wanita itu menafikannya.

"Jelas terdapat keraguan mengenai barang kes yang telah ditemui di dalam bilik (rumah berkenaan)," katanya.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Mukhzany Fariz Mohd Mokhtar manakala tertuduh diwakili peguam Gooi Soon Seng dan dibantu oleh S.Selvi dan Mak Kah Keong. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan