Polis Tahan Lelaki Bagi Rasuah Untuk Bebaskan Wanita Warga Asing

Diterbitkan: Selasa, 20 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Seorang lelaki dipercayai 'orang tengah' kepada pemilik restoran di Bukit Tengah di sini ditahan selepas cuba merasuah anggota polis yang menjalankan serbuan di situ Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Azman Abd Lah berkata lelaki warga tempatan itu ditahan selepas memberi RM1,000 kepada polis dalam serbuan kira-kira pukul 12.30 malam.

"Kita mendapat maklumat bahawa premis berkenaan menjalankan kegiatan tidak bermoral dan dalam serbuan itu polis menahan tiga wanita warga asing yang dipercayai bekerja sebagai pelayan pelanggan di situ.

"Kesemua mereka yang berusia 20 hingga 30 tahun itu tiada permit dan telah menyalahgunakan pas lawatan sosial," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Beliau berkata sebaik tiga wanita itu ditahan, lelaki yang memperkenalkan diri sebagai orang tengah kepada pemilik restoran terbabit menghampiri anggota polis dan menawarkan wang.

Azman berkata dalam serbuan itu pihaknya turut menahan seorang lelaki warga asing berusia 40-an yang tidak mempunyai pengenalan diri dan bekerja sebagai penjaga di situ.

Kesemua mereka kini direman bagi membantu siasatan, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan