Penghantar Surat Mengaku Tidak Bersalah Rompak Pekerja Pusat Urut - Berita Mahkamah | mStar

Penghantar Surat Mengaku Tidak Bersalah Rompak Pekerja Pusat Urut

Diterbitkan: Selasa, 20 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang penghantar surat pada Selasa mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas empat pertuduhan merompak empat pekerja wanita sebuah pusat urut di sini bulan lepas.

Mohd Shahril Anuar Ismail, 26, didakwa bersama-sama lima rakannya yang masih bebas, merompak wang tunai, telefon bimbit serta barangan kemas bernilai RM8,000 daripada kesemua mangsa di 289A-291A, Jalan Mahkota, Taman Maluri, Cheras pukul 10 malam pada 11 Jun lepas.

Hakim Zainal Abidin Kamarudin membenarkan tertuduh diikat jamin dengan RM2,000 bagi setiap pertuduhan dan menetapkan 7 Sept ini untuk sebutan semula kes.

Abangnya membayar wang jaminan itu. BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan