Batal Patisyen: Bantahan Awal Zaid Ibrahim Ditolak

Diterbitkan: Selasa, 20 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Pilihan Raya di sini menolak bantahan awal Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim terhadap permohonan Ahli Parlimen Hulu Selangor, P.Kamalanathan untuk membatalkan petisyen pilihan raya yang difailkan bekas menteri tersebut.

Hakim Datuk Azahar Mohamed membuat keputusan itu pada petang Selasa, selepas berpendapat beliau mempunyai bidang kuasa untuk mendengar notis usul yang difailkan Kamalanathan dan menetapkan merit berhubung perkara itu didengar Rabu.

Permohonan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membatalkan petisyen tersebut juga akan didengar pada Rabu.

Beliau yang turut merujuk kepada beberapa nas undang-undang pada penghakimannya juga berpendapat, bantahan awal itu cacat dan tidak memenuhi keperluan mandatori Akta Kesalahan Pilihan Raya (EOA) 1954 dan Peraturan-Peraturan Petisyen Pilihan Raya.

Turut berada di mahkamah untuk mendengar keputusan itu ialah Kamalanathan sementara Zaid hanya menghadiri prosiding sebelah pagi.

Zaid diwakili peguam Malik Imtiaz Sarwar, Azahar Azizan Harun, Ang Hean Leng dan Leong Sher How manakala Kamalanathan diwakili peguam Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin, Datuk Mohd Hafarizam Harun dan Cheng Mai.

Malik Imtiaz terdahulu menghujahkan bahawa mahkamah tidak boleh menolak bantahan awal yang difailkan bekas menteri yang pernah memegang portfolio undang-undang itu tanpa mendengar perbicaraan penuh petisyen tersebut.

Hujahan itu dibidas Firoz Hussein yang mengatakan bahawa Hakim Pilihan Raya mempunyai bidang kuasa untuk membatalkan petisyen piihan raya tanpa mendengar perbicaraan penuh dan ia pernah diputuskan di Mahkamah Persekutuan yang perlu diikuti oleh Mahkamah Tinggi.

Zaid, 59, mengemukakan bantahan awal itu selepas Kamalanathan yang memenangi Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor pada 25 April lalu memfailkan notis usul bagi membatalkan petisyen Zaid yang memohon supaya pilihan raya itu diisytiharkan terbatal dan tidak berkesan.

Beliau selaku pempetisyen memfailkan petisyen itu di Mahkamah Tinggi Shah Alam, dekat sini pada 24 Mei lalu mengikut Seksyen 32(a) EOA kerana mendakwa kononnya terdapat perbuatan rasuah dan sogokan secara am yang begitu berleluasa.

Kamalanathan, 45, yang memenangi pilihan raya kecil itu dengan majoriti 1,725 undi dinamakan sebagai responden pertama diikuti Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Hulu Selangor, Nor Hisham Ahmad Dahlan dan SPR selaku responden kedua dan ketiga.

Selain itu pempetisyen turut memohon relif supaya mahkamah memutuskan Kamalanathan, tidak dipilih atau dilapor pilih sebagai Ahli Parlimen dan pemilihannya sebagai tidak sah dan batal.

Kamalanathan yang juga Ketua Penerangan MIC pula memfailkan notis usul untuk membatalkan petisyen itu pada 1 Julai lalu atas alasan kegagalan pempetisyen mendedahkan kausa tindakan yang munasabah dan cacat selain gagal menyatakan fakta mahupun alasan serta gagal mengenal pasti kepada siapa janji tersebut dibuat.

Bagi Kamalanathan petisyen tersebut mengaibkan, remeh dan menyusahkan, boleh menjejaskan, menghalang atau melengahkan perbicaraan yang adil serta menyalahgunakan proses mahkamah.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan