Tiga Warganegara Indonesia Dihukum Gantung Edar Dadah

Diterbitkan: Isnin, 19 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Tiga warganegara Indonesia dijatuhi hukuman gantung oleh Mahkamah Tinggi di sini, Ahad selepas didapati bersalah mengedar 1,858.6 gram ganja di Sungai Petani, lima tahun lepas.

Hakim Datuk Zamani A. Rahim menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan kes itu menimbulkan keraguan munasabah.

Amri Alamsyah, 41, Iskandar Ibrahim, 33, dan Muhammadiah Hasan, 31, dituduh mengedar dadah di hadapan kedai Chin Hin Motor Sdn Bhd, No. 10, Jalan Kampung Baru, Sungai Petani dekat sini pada 2.30 petang, 6 April 2005.

Semua tertuduh yang berasal dari Aceh didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Peguam yang mewakili ketiga-tiga tertuduh, Rafidi Mohamad berkata pihaknya akan mengemukakan rayuan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Norshuhada Mohd Yatim. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan