Tharmendran Pilih Penjara

Diterbitkan: Isnin, 19 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sarjan N.Tharmendran yang didakwa bersubahat mencuri dua enjin pesawat F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) memilih untuk kembali ke penjara selepas permohonannya bagi mendapatkan perintah perlindungan interim sehingga selesai perbicaraan ditolak.

Hasrat Tharmendran (gambar) itu disuarakan menerusi peguamnya, M.Manogaran selepas Hakim Mahkamah Sesyen di sini, Hayatul Akmal Abdul Aziz membuat keputusan menolak permohonan itu pada petang Isnin.

Manogaran yang gagal memperoleh akujanji daripada beberapa pegawai TUDM yang berada di mahkamah untuk tidak menahan tertuduh memberitahu, anak guamnya tidak mempunyai pilihan lain selain kembali ke penjara.

“Bapa tertuduh, N.Nagarajah yang bertindak sebagai penjamin ingin menarik semula jaminan kerana tertuduh yakin TUDM akan memberkas dia pada bila-bila masa yang menyebabkan keselamatannya terjejas,” kata Manogaran.

Nagarajah. 71, mengesahkan niatnya untuk menarik semula jaminan RM50,000 yang dibayarnya pada 8 Julai lalu, iaitu dua hari selepas Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Su Geok Yiam membenarkan permohonan mengurangkan jaminan asal RM150,000.

Penarikan semula jaminan itu menyebabkan tertuduh yang hadir bersama ahli keluarganya dibawa ke lokap mahkamah untuk dihantar ke Penjara Sungai Buloh, dekat sini, petang Isnin.

Terdahulu, Hayatul Akmal membuat keputusan menolak permohonan itu selepas berpendapat bahawa Akta Melarikan Orang dan Mengugut Saksi Secara Jenayah 1947 yang dihujahkan oleh peguam tertuduh adalah khusus untuk perlindungan saksi dan bukannya seorang tertuduh.

“Tertuduh mempunyai pilihan lain untuk meneruskan permohonan (bagi mendapatkan perlindungan) dan mahkamah juga bersetuju bahawa laporan polis yang dibuat tertuduh terhadap TDM adalah bersifat dakwaan sehingga penyiasatan selesai,” tambah beliau.

Justeru itu, Hayatul Akmal menolak permohonan tertuduh untuk mendapatkan perintah perlindungan interim atau secara alternatif perintah melarang TUDM mengambil teruduh kembali ke jagaan mereka.

Beliau juga menetapkan 6 September depan sebagai sebutan semula kes.

Permohonan itu dihujahkan di mahkamah dan peguam N.Surendran yang turut mewakili tertuduh menyatakan, mahkamah mempunyai bidang kuasa untuk mengeluarkan perintah itu. Beliau juga merujuk kepada laporan polis yang dibuat tertuduh di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini, pagi Isnin.

Laporan itu mendakwa empat pegawai TUDM telah ke rumah ibu bapa tertuduh di Seremban, Negeri Sembilan pada Jumaat lalu untuk membawanya ke pangkalan tentera sedangkan khidmatnya telah tamat pada 28 Mei lalu dan tidak menerima gaji pada Jun dan Julai.

“Laporan juga menyatakan tertuduh telah diseksa dan bapa tertuduh juga membuat laporan sama pada 17 Jun lalu. Tertuduh amat takut untuk datang ke mahkamah dan percaya dia akan ditangkap jika keluar dari mahkamah,” katanya.

Hujahan itu dibidas oleh Timbalan Pendakwa Raya Syed Faisal Syed Amir bahawa laporan itu hanya bersifat dakwaan yang masih tidak dipastikan kebenarannya.

“TUDM bukan samseng. Mereka adalah badan kerajaan yang tertakluk kepada undang-undang. Jika tertuduh tidak berpuas hati dengan tindakan TUDM, masih ada cara lain seperti memohon perintah injunksi secara formal dan TUDM diberi ruang membalas dakwaan tertuduh,” katanya.

Syed Faisal menambah, sekalipun jika benar tertuduh ditahan, dia sentiasa boleh memfailkan permohonan habeas corpus untuk mendapatkan deklarasi bahawa penahanan itu dibuat secara salah untuk dilepaskan.

Dalam kes ini, Tharmendran didakwa bersubahat dengan Laskar Udara Mohamad Shukri Yusop untuk mncuri dua enjin pesawat F5 Jenis J85-21 itu di Bangunan Material Processing Shed MATRA 1, Pangkalan Udara TUDM Sungai Besi, dekat sini.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan