Penuntut Argentina Didakwa Tawar Rasuah RM20,000 Kepada Anggota Polis

Diterbitkan: Isnin, 19 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang penuntut kolej swasta warga Argentina dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana dua tuduhan iaitu menawarkan RM20,000 kepada dua anggota polis dan bersubahat memberi sogokan RM17,500 kepada seorang pegawai polis.

Nelson Davio Hurtado, 24, yang berasal dari Buenos Aires, Argentina, didakwa menawarkan wang tunai RM20,000 kepada Konstabel Tambahan Mohd Najib Razak dan Konstabel Mohd Ridzuan Zulkafly sebagai dorongan untuk melepaskannya yang disyaki melakukan kesalahan pecah rumah.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu dalam bilik soal siasat Balai Polis Hulu Klang, Ampang dekat sini, kira-kira pukul 4.30 petang pada 27 Jun lepas.

Hurtado juga didakwa bersubahat dengan rakannya, Anne Charmaine Skelchy dengan memberikan RM17,500 kepada Cif Inspektor Zahirudin Baharum sebagai dorongan untuk melakukan perkara yang sama di Pejabat Ketua Balai Polis Hulu Klang, kira-kira 5.50 petang pada hari yang sama.

Bagi kedua-dua kesalahan itu, tertuduh boleh dihukum mengikut Seksyen 24 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada Hurtado kerana dia tidak memahami pertuduhan yang dibacakan terhadapnya dalam Bahasa Inggeris oleh jurubahasa mahkamah.

Hakim Mat Ghani Abdullah menetapkan 5 Ogos ini untuk sebutan semula bagi membolehkan pertuduhan dibacakan semula terhadap tertuduh dengan kehadiran jurubahasa Sepanyol.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa dari SPRM Azuan Adzhar sementara Hurtado tidak diwakili peguam.

Pada 1 Julai lepas, Skelchy, 41, seorang eksekutif pentadbiran sebuah syarikat swasta, mengaku tidak bersalah atas tuduhan memberi suapan RM17,500 kepada Zahirudin sebagai dorongan untuk melepaskan Hurtado yang ditahan atas kesalahan pecah rumah.

Wanita itu mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan dan Mat Ghani membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM8,000 serta menetapkan lima hari bermula 8 November ini untuk perbicaraan.

Mahkamah turut menetapkan 5 Ogos ini untuk sebutan bagi Skelchy menyerahkan pasportnya kepada mahkamah. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan