Khalid Tidak Tahu Bekas Pegawai Khas Minta Sumbangan KDEB

Diterbitkan: Ahad, 18 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberitahu, beliau tidak dimaklumkan mengenai hasrat pegawai khasnya, Mohd Yahya Mat Shari meminta sumbangan daripada Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) untuk progam Sambutan 100 Hari Pakatan Rakyat, dua tahun lalu. Abdul Khalid menambah, beliau juga tidak pernah mengarahkan agar surat bagi meminta sumbangan itu dibuat mahupun mengarahkan Mohd Yahya yang sedang dibicarakan atas tuduhan menipu dan menggunakan dokumen palsu untuk membuat kutipan dari mana-mana pihak.

Beliau berkata demikian semasa memberi keterangan selaku saksi pendakwaan ke-21 terhadap tertuduh, Mohd Yahya, 44, di Mahkamah Sesyen di sini, Jumaat.

Selain itu, Abdul Khalid, 63, juga memberitau, beliau tidak dimaklumkan bahawa terdapat satu akaun bank dibuka khas di Maybank oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi tujuan sambutan tersebut.

Semasa disoal Ketua Perundangan dan Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abdul Razak Musa mengenai akaun bank PKR Selangor, Abdul Khalid menjawab:”Satu (akaun)tapi bukan di Maybank.”

Pada keterangannya, beliau juga memberitahu tidak ada mengarahkan satu seketeriat ditubuhkan bagi tujuan sambutan itu yang telah diadakan selama tiga hari bermula 19 Jun 2008. Ketika disoal balas oleh peguam T.Suresh yang mewakili Mohd Yahya, Abdul Khalid bersetuju bahawa Ketua Eksekutif KDEB, Abdul Karim Munisar yang boleh menghubunginya secara terus tidak pernah memaklumkannya mengenai sumbangan itu.

Mohd Yahya sedang dibicarakan atas tuduhan menipu Abdul Karim untuk mempercayai bahawa seketeriat Pakatan Rakyat memohon sumbangan untuk menampung penmbiayaan majlis tersebut sehingga mendorong Abdul Karim menyerahkan wang sebanyak RM50,000. Dia yang didakwa sebagai pengarah program itu telah melakukan kesalahan itu antara pukul 1 dan 3 petang, 4 Jun 2008 di Gardenia Coffee House, Hotel Quality, Bangunan Peransang, di sini.

Dia juga menghadapi satu lagi pertuduhan iaitu menggunakan dokumen palsu, ‘Resolusi Pembukaan Akaun untuk PKR Selangor’ pada 14 Mei 2008 di Maybank cawangan Bandar Sunway, dekat sini.

Hakim Azhaniz Teh Azman Teh menetapkan perbicaraan bersambung 11 Ogos ini.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan