Dr Pornthip Akhirnya Buat Keputusan Datang Beri Keterangan

Diterbitkan: Rabu, 14 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pakar forensik Thailand, Dr Pornthip Rojasunan akhirnya membuat keputusan untuk hadir di Mahkamah Koroner Shah Alam, bagi menyambung semula keterangannya pada prosiding inkues siasatan kematian pembantu politik Exco Kerajaan Selangor, Teoh Beng Hock.

Perkara ini disahkan oleh peguam Gobind Singh Deo pada Selasa, yang bertindak sebagai peguam pemerhati kepada keluarga Beng Hock dalam prosiding tersebut.

Beliau yang dihubungi memberitahu, Pornthip telah mendapat kebenaran daripada Kementerian Keadilan Thailand untuk hadir ke Malaysia pada awal minggu lalu.

“Bagaimanapun, saya baru menerima surat rasmi berhubung perkara tersebut hari ini (Selasa) yang menyatakan beliau (Pornthip) bersedia untuk datang.

“Beliau juga memaklumkan tarikh yang sesuai untuk beliau hadir ke mahkamah,” tambah Gobind.

Prosiding inkues dijadualkan bersambung Rabu, di mana Koroner Azmil Muntapha Abas akan memberi keputusannya sama ada akan membenarkan permohonan supaya pakar patologi yang terkenal dengan fesyen rambut berwarna-warni itu memberi keterangan melalui sidang video.

Permohonan itu dibuat ekoran Pornthip enggan kembali ke Malaysia atas alasan keselamatan kerana didakwa menerima ugutan yang mahu menghalangnya daripada terus memberi keterangan dalam prosiding.

Dengan perkembangan terbaru ini, Gobind memberitahu, beliau akan membuat permohonan untuk menarik semula permohonan berhubung sidang video yang dibuat sebelum ini.

Semasa disoal mengapa Pornthip berubah fikiran, Gobind berkata: "Saya tidak tahu. Saya hanya dimaklumkan bahawa beliau sudah mendapat kebenaran untuk meneruskan keterangannya."

Prosiding inkues diadakan selepas Beng Hock, 30, yang merupakan pembantu politik kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah ditemui mati di tingkat lima, Plaza Masalam, Shah Alam pada 16 Julai 2009.

Kematiannya menimbulkan pelbagai tanda tanya kerana beberapa jam sebelum itu dia disoal di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang terletak di bangunan yang sama berhubung dakwaan penyalahgunaan wang peruntukkan Kerajaan Negeri Selangor.

Penglibatan Pornthip bermula selepas beliau dilantik Kerajaan Selangor dan keterangannya yang menyatakan terdapat kemungkinan 80 peratus kematian Beng Hock adalah akibat dibunuh.

Keterangan itu menyebabkan mayat Beng Hock digali semula bagi tujuan bedah siasat kedua yang dilakukan olah pakar patologi tempatan, Dr Shahidan Md Noor yang turut disertai Pornthip dan pakar dari Britain, Dr Peter Venezis.

Venezis dilantik oleh pihak SPRM sebagai pemerhati dalam bedah siasat kedua itu.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan