Remaja Bebas Dari Tuduhan Bunuh Pelajar Afrika

Diterbitkan: Selasa, 13 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang bekas pelajar kolej swasta yang kini berumur 19 tahun dibebaskan semalam atas pertuduhan membunuh seorang pelajar Afrika dalam satu pergaduhan di Taman Desa Setapak di sini dua tahun lepas.

Hakim Zainal Abidin Ab Aziz mendapati, pihak pendakwa gagal membuktikan kes prima facie dengan terdapat pencanggahan keterangan saksi pendakwaan yang terdiri daripada pelajar tempatan dan pelajar Afrika.

Selepas keputusan itu, remaja terbabit memeluk peguamnya dan memberitahu pemberita bahawa beliau ingin pulang ke kampungnya di Kelantan menemui keluarganya.

Dia didakwa membunuh Abdel Aziz Hassan Abdraman, 22, dengan menikam di bahagian belakang hingga menyebabkan kematiannya di hadapan restoran Mydina, Jalan 14/27A, Taman Desa Setapak antara pukul 8.30 malam hingga 9 malam pada 21 September 2008.

Hakim Zainal Abidin berkata, pihak pendakwa gagal menjelaskan kawasan sebenar tempat kejadian sama ada di bahagian luar ataupun dalam kedai, siapa yang memulakan pergaduhan dan sama ada tertuduh yang menikam simati.

Zainal Abidin juga menyatakan terdapat kemungkinan Abdel Aziz yang mengalami pendarahkan teruk mati kerana kelewatan pihak ambulans yang sampai dua jam selepas kejadian.

Pihak pendakwaan juga gagal mengungkai persoalan adakah pisau yang dijadikan bahan bukti itu adalah sebenar-benarnya digunakan untuk menikam mangsa, katanya.

Semasa memberi keterangan, saksi pelajar tempatan berkata, mereka diserang oleh pelajar Afrika dengan batang besi payung dan batu dan Abdel Aziz ditikam semasa itu manakala saksi pelajar Afrika pula mengatakan mereka hanya datang untuk bertanya kenapa rakan mereka dipukul lalu diserang.

"Terdapat dua versi berbeza. Terdapat beban pada pendakwaan untuk membuktikan siapa yang memulakan pergaduhan itu. Jelas, persoalan itu tidak terjawab," kata Zainal Abidin.

Sepanjang perbicaraan, pihak pendakwaan telah memanggil 22 orang saksi termasuk rakan tertuduh dan beberapa pelajar Afrika yang terlibat.

Mengikut hujahan pendakwaan, Timbalan Pendakwa Raya Mazelan Jamaludin berkata ketika kejadian, Abdel Aziz diserang dan dipukul oleh tertuduh dengan menggunakan sebilah pisau dan pergelutan itu timbul ekoran aduan rakan simati, juga seorang warga Afrika bahawa bahawa beliau dipukul oleh tertuduh.

Peguam Mohamad Hairani Samsi yang mewakili remaja itu berkata terdapat saksi yang menyatakan ketika kejadian ada dua pisau yang digunakan oleh orang berbeza dan pisau yang dijadikan bahan bukti telah diletak di tempat awam dan belum tentu pisau itu diguna oleh tertuduh.

Anak guamnya didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan