Pesara Jabatan Perhutanan Didakwa Tipu Ahli Perniagaan

Diterbitkan: Selasa, 13 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pesara Jabatan Perhutanan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menipu seorang ahli perniagaan membabitkan RM4,000 tahun lepas.

G. Vijayantharan Pillai, 60, didakwa menipu Daljit Singh, 47, dengan mendorongnya menyerahkan wang tunai RM4,000 kepadanya dengan memperdayakannya untuk membantu mendapatkan lesen bagi warga asing menjalankan perniagaan di negara ini, sedangkan lesen-lesen itu adalah palsu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Kelab Canteena, Jalan Telawi 3, Bangsar, di sini pada 4.45 petang, 24 Julai 2009.

Vijayantharan didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta denda, jika disabitkan kesalahan.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Hung Heng Hong memohon jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin dikenakan terhadap tertuduh.

Namun, peguam Nurul Aeir Muhammad Harvian Kamar memohon supaya mahkamah mengurangkan wang jaminan terhadap anak guamnya dengan alasan faktor usia yang tua dan tertuduh memerlukan wang untuk mengubati penyakit sakit jantung yang dihidapinya.

"Tertuduh perlu menjalani rawatan di hospital sebulan sekali untuk mengubati penyakit yang dihidapinya itu," katanya.

Hakim Rozana Ali Yusoff kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 16 Ogos depan untuk sebutan kes.

Isteri tertuduh membayar wang jaminan itu. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan