Pekerja Kedai Buah Sogok Polis Dipenjara, Denda

Diterbitkan: Selasa, 13 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang pekerja kedai buah dihukum penjara selama dua bulan selepas mengaku bersalah atas tuduhan bersubahat menyogok seorang pegawai polis sebagai dorongan untuk melepaskan dirinya yang ditahan atas kesalahan dadah.

Hakim Mahkamah Sesyen di sini, Mat Ghani Abdullah pada Selasa, memerintahkan hukuman terhadap Mohd Redzuan Nata, 27, bermula dari tarikh dia ditangkap dan tertuduh turut didenda RM10,000 atau lima bulan penjara jika gagal menjelaskan denda tersebut.

Tertuduh mengaku bersalah atas tuduhan bersubahat dengan rakannya, Mohamad Hasnor Ishak, 29, memberi rasuah RM896 kepada Asisten Superintendan Mohd Ashril Md Johar yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur, dekat sini.

Suapan itu didakwa diberikan pada pukul 7.40 malam, 3 Julai lalu di dalam kereta, tepi bangunan Pasaraya Warta Baru, Selayang, dekat sini, sebagai dorongan untuk melepaskan dirinya yang ditahan kerana memiliki candu dan heroin.

Pendakwaan terhadap tertuduh yang masih bujang itu dilakukan mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dibaca bersama Seksyen 28(1)(c) yang boleh dihukum di bawah Seksyen24 akta sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali nilai suapan yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, semasa disoal hakim, tertuduh yang berkulit sawo matang itu mengaku terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan pernah menjalani hukuman penjara enam bulan kerana menyamun.

“Saya mohon jasa baik mahkamah untuk meringankan hukuman kerana saya menyesal atas perbuatan saya,” rayu tertuduh.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Muhammad Sinti pula memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal kerana kesalahan rasuah semakin berleluasa kebelakangan ini.

Fakta kes menyatakan, polis bersetuju untuk menerima wang rasuah itu sebagai umpan supaya seorang lelaki Myanmar, iaitu ketua kepada tertuduh yang dikenali sebagai ‘abang’ keluar dari tempat persembunyiannya setelah sekian lama diperhatikan.

Bagaimanapun, wang itu tidak diserahkan oleh ‘abang’ tetapi oleh Mohamad Hasnor yang telah dijatuhkan hukuman penjara 15 hari dan denda RM10,000 atau lima bulan penjara jika gagal menjelaskan denda tersebut pada 8 Julai lalu.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan