Dua Pengendali Bot Pancung Warga Indonesia Dipenjara

Diterbitkan: Selasa, 13 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PORT DICKSON: Dua pengendali bot pancung warga Indonesia, masing-masing dihukum penjara dua tahun lapan bulan dan dua sebatan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana kesalahan menyebabkan kematian dua penumpang dalam kejadian bot itu karam di perairan Port Dickson pada 22 Jun lepas dan masuk ke negara ini tanpa dokumen yang sah.

Nazar Aim, 45, dan Iwan Saprin, 25, dari Pulau Rupat, Indonesia, dijatuhi hukuman penjara dua tahun selepas mereka mengaku bersalah terhadap pertuduhan menyebabkan kematian penumpang bot warga Indonesia iaitu seorang lelaki hanya dikenali sebagai Sukiman dan seorang kanak-kanak perempuan yang identitinya tidak diketahui, di perairan Port Dickson, kira-kira pukul 2.30 pagi, 22 Jun lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 304A, Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Kedua-dua mereka juga masing-masing dijatuhi hukuman penjara lapan bulan dan dua sebatan kerana kesalahan masuk ke negara ini tanpa dokumen yang sah di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson, kira-kira 4 petang, 29 Jun lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/1963 (Akta 155) (Pindaan 2002) yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM10,000 atau tidak lebih lima tahun penjara atau kedua-duanya, dan tidak lebih enam sebatan.

Majistret Zaridah Y. Abdol Jaapar memerintahkan setiap tertuduh menjalani hukuman penjara itu serentak dari tarikh tangkap.

Berdasarkan fakta kes, saksi kejadian iaitu dua penumpang yang terselamat mengenal pasti dua mayat penumpang berkenaan sebagai bapa dan anak serta dikatakan berada dalam bot pancung sebelum karam.

Selain itu, empat penumpang yang terselamat mengenal pasti Iwan sebagai individu yang mengendalikan bot sebelum ia ditimpa kemalangan.

Rakaman percakapan Iwan turut menyebut dia dan Nazar mengendalikan bot pancung itu dari Pulau Rupat ke Pantai Morib, Banting, Selangor, sebelum berpatah balik membawa penumpang warga Indonesia menghala ke Pulau Rupat, sebelum kejadian bot karam itu.

Keterangan saksi kejadian juga mendakwa bot pancung berkenaan tidak menyediakan sebarang peralatan keselamatan sebagai persediaan menghadapi insiden tidak diingini.

Kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam manakala pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan