Dr Pornthip Akhirnya Buat Keputusan Untuk Datang Beri Keterangan...

Diterbitkan: Selasa, 13 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pakar forensik Thailand, Dr Pornthip Rojasunan akhirnya membuat keputusan untuk hadir di Mahkamah Koroner Shah Alam, bagi menyambung semula keterangannya pada prosiding inkues siasatan kematian pembantu politik Exco Kerajaan Selangor, Teoh Beng Hock.

Perkara ini disahkan oleh peguam Gobind Singh Deo pada Selasa, yang bertindak sebagai peguam pemerhati kepada keluarga Beng Hock dalam prosiding tersebut.

Beliau yang dihubungi memberitahu, Pornthip telah mendapat kebenaran daripada Kementerian Keadilan Thailand untuk hadir ke Malaysia pada awal minggu lalu.

“Bagaimanapun, saya baru menerima surat rasmi berhubung perkara tersebut hari ini (Selasa) yang menyatakan beliau (Pornthip) bersedia untuk datang.

“Beliau juga memaklumkan tarikh yang sesuai untuk beliau hadir ke mahkamah,” tambah Gobind.

Prosiding inkues dijadualkan bersambung Rabu, di mana Koroner Azmil Muntapha Abas akan memberi keputusannya sama ada akan membenarkan permohonan supaya pakar patologi yang terkenal dengan fesyen rambut berwarna-warni itu memberi keterangan melalui sidang video.

Permohonan itu dibuat ekoran Pornthip enggan kembali ke Malaysia atas alasan keselamatan kerana didakwa menerima ugutan yang mahu menghalangnya daripada terus memberi keterangan dalam prosiding.

Dengan perkembangan terbaru ini, Gobind memberitahu, beliau akan membuat permohonan untuk menarik semula permohonan berhubung sidang video yang dibuat sebelum ini.

Semasa disoal mengapa Pornthip berubah fikiran, Gobind berkata:”Saya tidak tahu. Saya hanya dimaklumkan bahawa beliau sudah mendapat kebenaran untuk meneruskan keterangannya.”

Prosiding inkues diadakan selepas Beng Hock, 30, yang merupakan pembantu politik kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah ditemui mati di tingkat lima, Plaza Masalam, Shah Alam pada 16 Julai 2009.

Kematiannya menimbulkan pelbagai tanda tanya kerana beberapa jam sebelum itu dia disoal di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang terletak di bangunan yang sama berhubung dakwaan penyalahgunaan wang peruntukkan Kerajaan Negeri Selangor.

Penglibatan Pornthip bermula selepas beliau dilantik Kerajaan Selangor dan keterangannya yang menyatakan terdapat kemungkinan 80 peratus kematian Beng Hock adalah akibat dibunuh.

Keterangan itu menyebabkan mayat Beng Hock digali semula bagi tujuan bedah siasat kedua yang dilakukan olah pakar patologi tempatan, Dr Shahidan Md Noor yang turut disertai Pornthip dan pakar dari British, Dr Peter Venezis.

Venezis dilantik oleh pihak SPRM sebagai pemerhati dalam bedah siasat kedua itu.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan