Bicara Kes Nusyuz Erema 24 Ogos

Diterbitkan: Selasa, 13 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Permohonan nusyuz (ingkar) yang difailkan penulis lirik, Seri Bayu terhadap isterinya, penyanyi Erema akan dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada 24 Ogos ini.

Hakim Syarie Ghazali Ahmad menetapkan tarikh itu pada Isnin, selepas membenarkan permohonan penangguhan yang dimohon oleh peguam syarie Noorafizah Abdul Aziz yang mewakili Seri Bayu selaku plaintif.

Noorafizah berkata, pihaknya berhasrat memasukkan afidavit keterangan Erema, yang dinamakan sebagai defendan dalam permohonan tersebut sebelum kes diteruskan.

“Saya memohon penangguhan kerana ingin meneliti dokumen royalti yang baru diterima pada 9 Julai lalu untuk dimasukkan ke dalam ikatan dokumen.

“Apabila perkara ini telah disempurnakan, barulah pihak kami ingin meneruskan perbicaraan,” katanya.

Prosiding berlangsung tanpa kehadiran Erema, 27, atau nama sebenarnya Dayang Zaira Erema Awang Moshdad.

Permohonan nusyuz merupakan tuntutan balas yang dibuat oleh Seri Bayu, 44, atau nama sebenarnya Jamaluddin Sulik selepas isterinya memfailkan permohonan fasakh.

Erema yang dikenali menerusi lagu Pelita Di Bawah Purnama memfailkan permohonan fasakh atas alasan tiada persefahaman selain tidak mendapat nafkah zahir dan batin.

Bagaimanapun, permohonan itu digugurkan oleh mahkamah pada 17 Mei lalu, ekoran ketidakhadiran Erema ke mahkamah tanpa alasan yang kukuh meskipun telah diberi amaran.

Seri Bayu yang menghidap penyakit saraf motoneuron bernikah dengan Erema pada 19 Disember 2006 di Masjid Al-Muhsinin, Danau Desa, di sini.

Ia merupakan perkahwinan kedua buat Seri Bayu selepas berpisah dengan isteri pertama pada 2002.

Hasil perkahwinan itu, dia dikurniakan lima anak iaitu Muhamad Akmal, 15, Muhamad Aiman, 14, Muhamad Aizam, 11, Ally Farjana, 9, dan Muhamad Adham, 7 tahun.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan