Bekas Buruh UPM Gagal Dalam Kes Pemecatan

Diterbitkan: Isnin, 12 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Seorang bekas buruh Universiti Putra Malaysia (UPM) hari ini gagal dalam rayuan terhadap pemecatannya 25 tahun lalu kerana didakwa mengambil 120 biji telur bernilai RM9.18 sen dari ladang universiti berkenaan tanpa kebenaran.

Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Wira Low Hop Bing, Datuk Kang Hwee Gee dan Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad secara sebulat suara memutuskan bahawa Mahkamah Tinggi telah membuat keputusan tepat semasa menolak saman K. Palaniappan terhadap universiti itu pada 2006.

Pada 7 Ogos, 1985, Palaniappan, 66, bersama isterinya menunggang motosikal dan membawa telur tersebut apabila ditahan oleh pengawal di kawasan universiti sebelum diminta menunjukkan resit untuk barangan itu.

Pasangan suami isteri itu tidak mempunyai resit dan kemudian meminta pembantu makmal Mohd Nawawi Daud untuk mengeluarkan sebuah resit.

Pada 12 Sept, 1985, Palaniappan diberi surat untuk hadir pada inkuiri dalaman atas dakwaan mengambil telur itu secara tidak jujur dengan niat untuk menipu universiti berkenaan.

Bagaimanapun, tuduhan itu ditarik balik ke atas Palaniappan tetapi sebaliknya tuduhan baru dikenakan iaitu membawa keluar telur tanpa kebenaran pihak universiti itu. Kemudian dia dibuang kerja selepas didapati bersalah oleh inkuiri dalaman universiti itu pada 1986.

Pada tahun sama, Palaniappan mengemukakan kes pemecatannya di Mahkamah Tinggi dengan memohon perintah mahkamah mengisytiharkan bahawa pemecatannya adalah salah dan meminta supaya dia diambil semula bekerja dan dibayar ganti rugi.

Peguam Palaniapaan, M.Mohan Ghandi memberitahu pemberita bahawa beliau akan mengemukakan rayuan di Mahkamah Persekutuan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan