Sebutan Suami Isteri Bunuh Kanak-Kanak 9 Ogos

Diterbitkan: Khamis, 8 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kes sepasang suami isteri yang didakwa membunuh kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun 10 bulan, Jasmine Lee Siew Hui akan disebut semula di Mahkamah Majistret di sini pada 9 Ogos depan.

Majistret Aishah Hijriah Arshad menetapkan tarikh itu pada Khamis, selepas membenarkan permohonan peguam yang mewakili tertuduh, Tan Peng Teng, 27, dan Wong Mei Teng, 24, yang berhasrat meneliti laporan kimia.

Peguam T.L.Chen berkata, beliau belum meneliti laporan tersebut kerana ia baru diserahkan.

“Saya memohon diberi masa sebulan untuk meneliti laporan," katanya dan menambah akan menghantar representasi selepas menerima arahan untuk berbuat demikian.

Pada prosiding itu, pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Chong Kok Sen.

Dalam kes ini, kedua-dua tertuduh didakwa membunuh Jasmine antara 1 Mac dan 14 April lalu di sebuah rumah di Blok D, Tingkat 3, Pangsapuri Bayu, Taman Bukit Serdang, dekat sini.

Jika disabitkan bersalah, mereka boleh dihukum mati seperti yang diperuntukkan Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Media sebelum ini melaporkan, mangsa disahkan meninggal dunia pada pukul 7.45 pagi, 14 April lalu di Poliklinik Seri Kembangan selepas dihantar Peng Teng kerana tidak sedarkan diri.

Bedah siasat yang dilakukan mendapati mangsa mati akibat lobar pneumona atau jangkitan kuman pada paru-paru selain terdapat 60 kesan kecederaan pada badan dipercayai dipukul dengan objek tumpul seperti rotan.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan