Pengurus Kilang Sogok Pegawai TNB Didenda RM7,500

Diterbitkan: Khamis, 8 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Mahkamah Sesyen di sini, Khamis memerintahkan seorang pengurus kilang menjelaskan denda RM7,500 atau berhadapan dengan hukuman penjara selama lapan bulan atas kesalahan memberi rasuah kepada seorang pegawai Tenaga Nasional Bhd (TNB), tahun lalu.

Hakim Azhaniz Teh Azman Teh menjatuhkan hukuman itu terhadap Ng Kok Kwang, 27, selepas dia mengaku bersalah memberi rasuah dalam bentuk wang tunai RM5,000 kepada S.Alagoo pada pukul 4.30 petang, 30 April 2009.

Suapan itu didakwa sebagai balasan tidak mengambil tindakan terhadap Kilang Datamax Recycle Enterprise yang telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 37(3) Akta Bekalan Elektrik kerana meletakkan tembaga di sisp dalam panel meter yang menyentuh Test Terminal Block.

Perbuatan itu dilakukan bagi mengurangkan arus mengalir ke bahagian meter dan terbongkar selepas pihak TNB melakukan pemeriksaan meter di kilang tersebut pada 27 April 2009.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh telah menghubungi pegawai TNB, Munawar Kabir Mohd Zainal Abidin dan bersetuju untuk berjumpa di Hotel Bluewave, di sini bagi mencari penyelesaian berhubung perkara itu.

Mereka kemudiannya bersetuju dengan bayaran RN5,000 dan tertuduh ditangkap selepas memberikan wang kepada Alagoo dalam operasi perangkap di Restoran Pelita, Seksyen 9, di sini.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ng Siew Wee mengikut Seksyen 214 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Tertuduh menerusi peguamnya, R.Ratha Kirushnan merayu diberikan hukuman ringan dengan mengambil kira keadaan tertuduh yang menghadapi masalah dari segi kewangan dan sosial akibat perbuatan itu.

Siew Wee pula dalam hujahnya memohon mahkamah menjatuhkan hukuman yang dapat menjadi pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat selain kesalahan rasuah semakin berleluasan kebelakangan ini.

“Mahkamah perlu menyampaikan mesej bahawa mahkamah memandang serius gejala rasuah,” katanya.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan