Pemandu Lori Dipenjara Dua Minggu Miliki 376 Keping Wang Kertas Palsu

Diterbitkan: Khamis, 8 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu lori hari ini dijatuhi hukuman penjara dua minggu oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah memiliki 376 keping wang kertas palsu bernilai RM25,250 di rumah sewanya di sini tiga tahun lalu.

Hakim S.M Komathy Suppiah membuat keputusan itu terhadap Ng Kok Yu, 40, yang hukuman terhadapnya bermula hari ini.

Ng kelihatan muram di kandang tertuduh.

"Mahkamah telah mengambil kira hujahan pihak pendakwaan bahawa kesalahan tertuduh adalah sangat serius, bagaimanapun mahkamah boleh menjatuhkan hukuman belas kasihan berdasarkan mitigasi yang kukuh dari pembelaan," kata Komathy ketika menjatuhkan hukuman.

Timbalan Pendakwa Raya, Lee Keng Fatt memohon agar Ng dikenakan hukuman berat di atas kesalahannya itu.

Dalam rayuan yang dikemukakan oleh peguam bela Ng, Datuk N. Sivanathan, beliau berkata anak guamnya itu perlu menyara keluarga termasuk anak kembarnya yang masih kecil selepas berpisah dengan isterinya.

Bapa tunggal itu didakwa memiliki 247 keping wang kertas RM50 dan 129 keping wang kertas RM100, yang dia ketahui adalah palsu dan dengan niat menggunakannya sebagai tulen.

Ng didakwa melakukan kesalahan itu di Blok B2, Pangsapuri Casa Magna, Jalan Prima 10, Metro Prima Batu 7, Jalan Kepong pada 11.50 malam pada 28 Mei 2007.

Dia dibicarakan mengikut Seksyen 489(C) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, hasil pemeriksaan polis mendapati tertuduh telah menyimpan kesemua wang palsu itu di dalam laci almari di rumah sewanya itu. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan