Ketua Umno Bahagian Kubang Kerian Bebas Tuduhan Pengubahan Wang Haram

Diterbitkan: Khamis, 8 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis melepas dan membebaskan Ketua Umno Bahagian Kubang Kerian Datuk Mohd Fauzi Ismail daripada tuduhan melakukan pengubahan wang haram berjumlah RM138,210 pada tahun 2005.

Hakim Datuk Mohd Azman Husin memutuskan demikian setelah menolak rayuan pihak pendakwaan setelah meneliti penghujahan pihak pendakwaan dan pembelaan.

Berdasarkan pertuduhan pertama yang dihadapi, Mohd Fauzi didakwa menerima RM91,650 hasil aktiviti haram daripada Mohd Syahbuddin Hashim, 26, di hadapan Stadium Sultan Mohammed Ke-IV di sini antara 12.30 tengah hari dan 7 malam 6 Januari 2005.

Bagi pertuduhan kedua pula, dia didakwa menerima RM46,560 hasil aktiviti haram daripada Wan Ibrahim Wan Setapa, 43, di Pejabat Umno Bahagian Kubang Kerian dekat sini antara 1 tengah hari dan 2 petang 10 Jan 2005.

Pada 22 Jan 2008, Mahkamah Sesyen di sini mendapati Mohd Fauzi tidak perlu membela diri berikutan kegagalan pihak pendakwaan membuktikan kes prima facie terhadapnya bagi dua pertuduhan itu.

Namun, pihak pendakwaan telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Tinggi dan kes itu didengar semula sehingga Hakim Mohd Azman pada Khamis memutuskan keputusan Mahkamah Sesyen sebelum ini dikekalkan.

Mohd Fauzi diwakili peguam Datuk Sukri Mohamed manakala pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohd Asnawi Abu Hanipah.

Mohd Fauzi ketika ditemui pemberita di perkarangan mahkamah melahirkan rasa syukur dengan keputusan itu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan