Curi Enjin Jet: Sarjan TUDM Dibebas Dengan Jaminan

Diterbitkan: Khamis, 8 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Dua hari selepas permohonannya untuk mengurangkan wang jaminan dibenarkan, seorang Sarjan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akhirnya dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu perbicaraan.

Jaminan terhadap N.Tharmendran, 42, sebanyak RM50,000 bagi kesalahan bersubahat mencuri dua enjin pesawat F-5E milik TUDM dijelaskan oleh bapanya, N. Nagarajan selaku penjamin pada pukul 12 tengah hari Khamis.

Peguam N.Surendran yang mewakili tertuduh yang bertugas di Pangkalan Udara TUDM Subang, dekat sini, mengesahkan perkara itu semasa dihubungi mStar Online.

Selasa lalu, Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Su Geok Yiam membenarkan permohonan tertuduh untuk mengurangkan wang jaminan asal, iaitu RM150,000 selepas berpuas hati bahawa jumlah itu terlalu tinggi untuk seorang penjawat awam.

Jaminan asal tersebut ditetapkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen di sini, Aslam Zainuddin pada 6 Januari lalu, iaitu pada kali pertama tertuduh didakwa di mahkamah bersama seorang pengarah syarikat pembekalan, K.Rajandran Prasad, 38 tahun

Tharmendran didakwa bersubahat dengan Laskar Udara Mohamad Shukri Mohamad Yussop untuk mencuri dua enjin pesawat jenis J8521 di Bangunan Material Processing Shed MATRA 1, Pangkalan Udara TUDM, Sungai Besi, di sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 109 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Rajandran pula didakwa dengan sengaja menghapuskan dua enjin milik TUDM di alamat 49, Jalan TS 6/6, Taman Industri Subang, pada 30 April 2008 mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Kedua-dua mereka yang mengaku tidak bersalah atas tuduhan itu akan dibicarakan pada 19 hingga 23 Julai ini.

Bagaimanapun Rajandran telah menjelaskan jaminan RM150,000 seperti yang ditetapkan sementara Tharmendran ditahan di Penjara Sungai Buloh, dekat sini kerana gagal membayar jaminan.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan