Warga Emas Dipenjara, Denda Kerana Sogok Pegawai Polis

Diterbitkan: Rabu, 7 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Tindakan seorang warga emas yang berkeras mahu menyogok seorang pegawai polis meskipun diberi amaran untuk tidak berbuat demikian membawa padah selepas dia dihukum penjara 15 hari dan didenda RM10,000.

Hakim Mahkamah Sesyen di sini, Mat Ghani Abdullah yang menjatuhkan hukuman itu pada Selasa, turut memerintahkan tertuduh, Chang Too Kau @ Chang Eng Chuan, 66, dipenjarakan selama lima bulan lagi sekiranya gagal menjelaskan denda itu.

Terdahulu, Too Kau yang tidak diwakili peguam mengaku bersalah atas tuduhan menyogok RM500 kepada Pegawai Penyiasat Ibu Pejabat (IPD) Sepang, Inspektor Alfian Mohd Zainal pada pukul 12.30 tengah malam, 29 April lalu.

Suapan itu didakwa diberikan di IPD Sepang di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, dekat sini sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap tertuduh kerana melindungi warga asing tanpa izin.

Berdasarkan fakta, tertuduh, seorang peniaga barangan logam tetap berkeras mahu memberikan suapan itu kepada Alfian yang telah beberapa kali memberi amaran bahawa perbuatan tersebut salah di sisi undang-undang.

Apabila amaran itu tidak diendahkan, Alfian mengambil wang tersebut dan terus diserahkan kepada seorang pegawai SPRM yang berada di pejabat polis itu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Nafhatun Mohd Fozi mengikut Seksyen 17(b) Akta SPRM yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama.

Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali nilai suapan yang mana lebih tinggi.

Dalam usaha meringankan hukuman, tertuduh memberitahu dia menanggung empat orang anak termasuk seorang yang menghidap penyakit mental dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan itu lagi.

“Saya hanya berniaga secara kecil-kecilan dan pendapatan saya tidak tetap. Saya juga menghidap penyakit darah tinggi dan buah pinggang. Selain itu, saya sering uzur dan lemah badan, penyakit-penyakit orang tua,” rayunya.

Nafhatun pula memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal ke atas tertuduh memandangkan kesalahan rasuah adalah serius sehingga mendorong kewujudan mahkamah yang khas untuk membicarakan kesalahan tersebut.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan