Pendengaran Saman Anwar Terhadap Khairy 8 Disember

Diterbitkan: Rabu, 7 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Saman fitnah oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin ditetapkan untuk pendengaran selama dua hari bermula 8 Disember depan.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi di sini, Dr Prasad Sandosham Abraham menetapkan tarikh itu pada Rabu, semasa sebutan pengurusan kes.

Peguam S.Prakash mewakili Ahli Parlimen Permatang Pauh itu manakala Khairy diwakili peguam Badrul Munir Bukhari.

Anwar memfailkan saman tersebut pada 7 September 2007 kerana mendakwa Khairy telah memfitnahnya dalam majlis politik di Kuala Kangsar, Perak pada Ogos 2007.

Kenyataan yang diutarakan Khairy (semasa itu sebagai Naib Ketua Pemuda Umno) kemudiannya disiarkan media cetak dan elektronik pada 3 Ogos 2007.

Dakwa Anwar, kenyataan itu menggambarkan beliau sebagai ahli politik yang tidak boleh dipercayai orang Melayu, tidak menitikberatkan perjuangan dan hak mereka, serta boleh mengkhianati bangsa itu semata-mata untuk mendapatkan sokongan bukan Melayu di negara ini.

Beliau mendakwa lagi, kenyataan Khairy bahawa Anwar adalah seorang ejen Amerika Syarikat dan Yahudi bertujuan menghancurkan karier politiknya, selain berniat jahat ketika membuat kenyataan bohong, tidak berasas dan tidak benar itu.

Justeru itu, Anwar menuntut ganti rugi am, teruk dan teladan serta lain-lain relif yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Beliau turut memohon satu perintah injunksi bagi menghalang Khairy atau ejennya daripada mengulangi kenyataan fitnah tersebut.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan