Bekas Kakitangan Mahkamah Dipenjara, Denda Kerana Terima Suapan

Diterbitkan: Rabu, 7 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Mahkamah Sesyen di sini Selasa, memerintahkan seorang bekas kakitangan mahkamah menjalani hukuman penjara sehari dan denda RM8,000 kerana menerima suapan untuk mengeluarkan dokumen mahkamah.

Hakim Mat Ghani Abdullah turut memerintahkan supaya hukuman penjara terhadap Mohd Ariffin Sharuddin ditambah lagi empat bulan sekiranya dia gagal menjelaskan denda tersebut.

Hukuman itu dijatuhkan selepas Mohd Ariffin, 39, mengaku bersalah atas tuduhan pilihan menerima wang tunai RM2,700 daripada seorang pegawai pemasaran, Harvind Singh pada pukul 4.45 petang, 19 Mac 2008 di hadapan CIMB Bank, Jalan Tengku Kelana, Klang, dekat sini.

Suapan itu didakwa sebagai dorongan untuk tertuduh yang semasa itu menjawat jawatan sebagai pembantu am rendah untuk mengeluarkan dua buah fail Mahkamah Majistret Klang bernombor M387-821-06 dan M387-171-07.

Mat Ghani turut menjatuhkan hukuman yang sama terhadap Harvind Singh, 36, yang mengaku bersalah atas tuduhan pilihan menerima RM3,000 daripada seorang ejen pemasaran hartanah, P.Reynolds De Silva pada pukul 4.30 petang hari yang sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Mohd Baharuddin Ahmad Kassim sementara pembelaan pula dibarisi peguam-peguam Gurdip Singh dan Datuk Sukhdev Singh Randhawa.

Fakta menyatakan, Harvind yang mengenali Reynolds bersetuju untuk membantunya mendapatkan dua dokumen tersebut dan telah berjumpa dengan seorang kakitangan mahkamah yang dikenali sebagai Abang Salleh.

Abang Salleh yang tidak mahu melakukan kesalahan itu kemudiannya telah memberikan nombor telefon Mohd Ariffin.

Daripada jumlah wang yang diterima, Harvind telah memberikan RM2,700 kepada Mohd Ariffin yang kini bekerja di kebun menanam cili.

Justeru itu, Mat Ghani semasa menjatuhkan hukuman berkata: “Berdasarkan jumlah wang, ada yang dapat banyak dan ada yang sedikit. Tetapi kedua-dua tertuduh tidak dapat menikmati duit tersebut.”

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan