Bekas Jurujual Kembali ke Penjara Jalani Hukuman Sebat

Diterbitkan: Rabu, 7 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Selepas selesai menjalani hukuman penjara 10 tahun kerana memiliki dadah dan dibebaskan awal tahun ini, seorang bekas jurujual mempunyai peluang untuk menghilangkan diri.

Bagaimanapun, Lim Chuan Yee, 36, memilih untuk kembali semula ke mahkamah untuk menjalani hukuman sebatan sebanyak 10 kali.

Lim dibebaskan di sebuah kompleks membeli-belah di Kajang oleh seorang pegawai penjara awal tahun ini selepas selesai menjalani hukuman penjara itu.

Bagaimanapun, pihak berkuasa penjara tidak dapat melaksanakan hukuman sebatan kerana Mahkamah Rayuan masih belum mendengar rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi meminda tuduhan dari mengedar kepada memiliki dadah.

Lim, yang dibebaskan di Kajang pada pukul 9 malam pada hari itu, dimaklumkan supaya hadir untuk mendengar kes rayuan itu pada 22 Februari lalu.

Bagaimanapun, kes itu ditangguhkan dua hari kemudian dan Lim hadir di mahkamah.

Permohonan rayuan itu kemudian ditunda ke hari ini di mana Lim turut hadir untuk mendengar keputusan rayuan itu.

Pada prosiding hari ini, pihak pendakwaan bersetuju untuk menarik balik rayuannya terhadap sabitan Lim di bawah tuduhan pilihan tetapi sebaliknya merayu terhadap hukuman itu.

Atas persetujuan pihak pembelaan dan pendakwaan, panel tiga hakim yang diketuai Datuk Hasan Lah memerintahkan supaya Lim dikenakan tambahan penjara selama sebulan bagi membolehkan hukuman sebatan itu dilaksanakan.

Dua lagi hakim ialah Datuk Ahmad Maarop dan Datuk Sulaiman Daud.

Pada 23 Jun, 2009, Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan 10 kali sebatan terhadap Lim selepas meminda tuduhan dari mengedar kepada memiliki dadah pada akhir kes pendakwaan.

Lim mengaku bersalah atas tuduhan pilihan tersebut.

Dia didapati bersalah memiliki tiga beg plastik mengandungi 112.7 gram campuran heroin dan morfin di tepi jalan di Jalan Kampung Chempedak, Sentul Pasar, Kuala Lumpur, pada pukul 10.30 malam, 18 Mei, 2003. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan