Kes Bakar Gereja: Saksi Gagal Kenal Pasti Suspek

Diterbitkan: Selasa, 6 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketiga-tiga saksi kes pembakaran gereja Metro Tabernacle memberitahu Mahkamah Sesyen di sini, Selasa bahawa mereka tidak dapat mengenal pasti kesemua suspek kerana tempat kejadian gelap.

Juruelektrik, Yong Choy Yee, 34, dan pengawal keselamatan, Muhammad Tarmizi Yaakob, 31, hanya boleh mengesahkan bahawa suspek berusia dalam lingkungan usia 20an hingga 30an, dan kurus serta tinggi.

Yong berkata, dia nampak sekumpulan lelaki memecah masuk gereja berkenaan sebelum memulakan kebakaran pada tengah malam.

Katanya, dia baru pulang makan lewat malam bersama rakannya pada ketika itu, dan berada dalam kereta kira-kira 30 meter dari gereja berkenaan apabila insiden itu berlaku di hadapannya.

"Tujuh atau lapan lelaki, berusia 20 hingga 30 tahun, muncul dari semak berdekatan dan berjalan ke arah gereja dengan batang kayu, seperti kayu besbol.

"Dua atau tiga daripada mereka memecahkan dinding kaca manakala dua atau tiga lagi lelaki menyerbu masuk dan membakar gereja itu," katanya kepada mahkamah.

Menurutnya, lelaki terbabit membawa sesuatu kelihatan seperti 'bekas' simpanan.

Tambah Yong, seorang lagi lelaki menaiki motosikal, memakai jaket dan helmet, mengelilingi kawasan itu beberapa kali dan meletakkan motosikalnya di belakang kereta saksi sebelum insiden berlaku.

"Saya tidak berani membuat panggilan kecemasan (apabila melihat kejadian itu). Bagaimana jika lelaki di belakang saya itu ada senjata?" kata Yong, sambil menambah suspek kelihatan seperti berbangsa Melayu atau Indonesia.

Katanya lagi, seorang suspek kemudiannya berlari keluar dari bangunan terbabit dengan rambut dan bajunya dijilat api.

"Lelaki itu membuka bajunya yang terbakar dan mencampaknya di tepi jalan. Tiada siapa membantunya," ujar Yong.

Mohammad Tarmizi yang membuat kenyataan sebelum itu, berkata, dia melihat sekumpulan enam lelaki menaiki tiga motosikal mengelilingi kawasan itu.

"Mereka tidak memegang apa-apa. Mereka kelihatan seperti bangsa kami, Melayu," katanya.

Bagaimanapun, Mohammad Tarmizi juga tidak dapat mengenal pasti suspek apabila disoal oleh peguam bela.

Seorang lagi saksi, V. Mariappan, 69, berkata, dia terdengar letupan kuat ketika baru sahaja keluar dari tandas yang terletak berhampiran gereja itu.

Pada 29 Januari lalu, adik-beradik Raja Muhammad Faizal Raja Ibrahim, 24, dan Raja Muhammad Idzham Raja Ibrahim, 22, serta rakan mereka berusia 23 tahun, Azuwan Shah Ahmad, mengaku tidak bersalah memulakan kebakaran di gereja di Desa Melawati, Wangsa Maju.

Mereka didakwa melakukan kesalahan menggunakan api, dengan niat merosakkan gereja berkenaan, pada pukul 11.50 malam, 7 Januari lalu.

Raja Muhammad Faizal dan Raja Muhammad Idzham diwakili Hanif sementara Azuwan diwakili peguam Dzaki Ezhar Bahar.

Azlina Rasdi turut muncul untuk pendakwaan.

Perbicaraan bersambung Rabu di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, S.M. Komathy Suppiah.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan