Tiga Anggota Polis Bebas Tuduhan Rasuah

Diterbitkan: Isnin, 5 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepas dan membebaskan tiga anggota polis daripada tuduhan meminta dan menerima rasuah yang didakwa dilakukan enam tahun lalu.

Hakim Yong Zarida Ismail membuat keputusan itu terhadap Koperal Adanan Shahrir. Koperal Marzuki Md Juhari dan Konstabel Uzil Fadzli Haron tanpa memanggil semua tertuduh untuk membela diri atas tuduhan tersebut.

Beliau yang mendengar keterangan 13 saksi pendakwaan berpuas hati bahawa pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ridzuan Abdul Malek gagal menimbulkan prima facie terhadap pertuduhan.

Semua anggota polis tersebut diwakili peguam Aminuddin Mohd Ramli.

Mereka didakwa menerima rasuah RM1,000 daripada Mohd Isa Mohd Basir sebagai dorongan tidak mengambil tindakan terhadap anaknya, Mohd Jannatul Firdaus yang disyaki memiliki ganja bersama seorang lagi lelaki, Mohd Khaidry Mohd Amin.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada pukul 3.45 petang, 15 Oktober 2004 di Stesyen Minyak Mobil di sini.

Mereka juga menghadapi pertuduhan kedua, iaitu meminta rasuah sebanyak RM5,000 daripada Mohd Khaidry pada pukul 9 malam, 12 Oktober 2004 di Lot 2214, Kampung Dalek, di sini, juga sebagai dorongan untuk tidak menangkapnya atas sebab yang sama.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 11 (a) Akta Pencegahan Rasuah (APR) 1997 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 16 akta sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali nilai suapan yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Selain itu, Marzuki juga menghadapi satu lagi tuduhan mengikut Seksyen 11(a) APR iaitu menerima rasuah RM1,000 daripada Mohd Khaidry antara pukul 10 dan 11 malam, 12 Oktober 2004 di Stesyen Minyak Mobil, Jalan Sungai Udang, di sini.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan