Akibat Merompak Penganggur Dipenjara 7 Tahun, Dua Sebatan

Diterbitkan: Isnin, 5 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Mahkamah Sesyen di sini hari ini, memerintahkan dua penganggur dihukum penjara selama tujuh tahun setiap seorang selepas mengaku bersalah atas tuduhan merompak termasuk melarikan sebuah kereta Proton Wira, lima tahun lepas.

Hakim Yong Zarida Sazali juga memerintahkan tertuduh, Asan Ali, 39, dan Ariffin Sudarno, 30, masing-masing disebat sekali manakala hukuman penjara diperintahkan bermula dari tarikh mereka ditangkap, iaitu 2 Mac 2006.

Mereka didakwa merompak kediaman milik Mohd Faizul Abdul Aziz, 31, di Batu 26 1/2, Kampung Jenderam, Hilir Dengkil, Sepang, dekat sini bersama tiga lagi rakan subahat yang masih bebas.

Dalam kejadian yang berlaku pukul 5.30 petang, 11 Disember 2005, mangsa kerugian RM47,000 dalam bentuk kereta Proton Wira 1.6, komputer riba jenama Twin Head dan telefon bimbit Nokia 6100.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Aimi Syazwani Sarmin mengikut Seksyen 394 Kanun Kekseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 297 kanun yang sama manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan