Suri Rumah Peroleh Kebenaran Prosiding Hina Mahkamah Terhadap KPN

Diterbitkan: Jumaat, 2 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang suri rumah hari ini, memperoleh kebenaran dalam permohonan notis usulnya agar Ketua Polis Negara (KPN) dikenakan tindakan menghina mahkamah.

Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Ghazali Cha membenarkan notis usul yang difailkan Lim Mui Cheng secara ex-parte (sebelah pihak) selepas dia ditangkap semula meskipun permohonan habeas corpusnya dibenarkan.

Mui Cheng, 42, menamakan KPN sebagai responden dalam permohonannya.

Pada 27 April lalu, dia ditahan bersama suami dan anaknya serta teman wanita anaknya dalam serbuan di rumah di Taman Mawar, Muar, Johor, kerana disyaki terlibat dengan pengedaran dadah.

Bagaimanapun, mereka yang lain dibebaskan dua hari selepas penahanan tersebut.

Justeru itu, Mui Cheng memfailkan permohonan habeas corpus yang kemudiannya dibenarkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Sofian Abd Razak pada 25 Mei lalu.

Mohd Sofian yang mendapati terdapat ketidakpatuhan penggunaan undang-undang dalam penahanan tersebut turut memerintahkan supaya Mui Cheng dibawa ke mahkamah pada 27 Mei lalu untuk dibebaskan dengan serta-merta.

Bagaimanapun, pembebasan itu hanya bersifat sementara selepas Mui Cheng ditangkap semula di perkarangan lobi mahkamah mengikut Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985.

Sehubungan itu, Mui Cheng memfailkan notis usul supaya Tan Sri Musa Hassan dalam kapasiti sebagai KPN dihantar ke penjara untuk penghinaan mahkamah kerana mengganggu pentadbiran keadilan dengan menangkapnya semula.

Afidavit yang diikrarkan anak Mui Cheng, Yap Kar Wei pula mendakwa responden dan pegawainya yang menyimpan kad pengenalan pemohon sepanjang masa sehingga dia ditangkap semula jelas menunjukkan mereka tidak berniat untuk mematuhi perintah mahkamah.

Mui Cheng yang diwakili peguam Datuk K.N. Sivananthan kini ditahan di Pusat Pemulihan Batu Gajah, Perak.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan