Keputusan Kes Dua Lelaki Islam Minum Arak 5 Ogos Ini

Diterbitkan: Khamis, 1 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini menangguhkan ke 5 Ogos ini keputusan kes dua lelaki Islam yang didakwa secara berasingan meminum minuman keras.

Hakim Datuk Abdul Rahman Yunus menetapkan tarikh itu bagi memberi peluang kepada Mohd Saifulnizal Zulkifli, 29, dan Mohamed Rezzal Mohamed Yussof, 24, melantik peguam selain membuat rayuan.

Kedua-dua tertuduh berkenaan hari ini mengekalkan pengakuan bersalah terhadap tuduhan itu.

Abdul Rahman berkata walaupun kedua-dua tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu, namun mahkamah memberi peluang kepada mereka untuk menarik semula pengakuan berkenaan kerana kes itu berat.

Mohd Saifulnizal dari Sungai Isap di sini didakwa melakukan perbuatan terbabit di kelab malam Horoscope di Sri Dagangan, Jalan Tun Ismail di sini pada 1.05 pagi 7 Feb lepas manakala Mohamed Rezzal dari Pasir Puteh, Kelantan, dituduh melakukan kesalahan yang serupa di tempat letak kereta sebuah pusat beli belah di sini pada 5.30 petang 13 Februari lepas.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 (pindaan 1987) yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun dan sehingga enam kali sebatan atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya daripada Jabatan Agama Islam Pahang, Azwa Hanim Kamarulzaman. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan